TIPS MEMILIH PAKAIAN YANG SESUAI UNTUK BERAKTIVITI BERSAMA ANAK-ANAK

By HanaTajuddin - 13:18:00



Sebelum keluar dengan anak-anak untuk melakukan aktiviti hujung minggu seperti bermain di indoor playground , indoor themepark pastikan Cik Puan memilih pakaian mengikut kriteria berikut:

1. Pastikan pakaian tiada manik atau perincian yang tajam yang boleh mencederakan anak . Baju plain yang kosong adalah pilihan yang terbaik dan selamat.

2. Elakkan baju yang mempunyai tali mahupun ribbon yang boleh menyebabkan tersangkut dan boleh membahayakan ibu dan anak ketika beraktiviti. Sekiranya Cik Puan tiada pilihan, pastikan tali/ribbon di ikat kemas dan rapi. Pastikan ianya tidak dapat terbuka secara tiba-tiba atau tanpa sedar

3. Pilih pakaian yang menyerap peluh - semestinya apabila beraktiviti dengan anak-anak ianya satu aktiviti yang sihat di samping mengeratkan hubungan ibu dan anak . Aktiviti sihat bergini pastinya mengeluarkan peluh. pilih baju yang dia buat daripada fabrik cotton kerana ianya mempunyai kadar penyerapan peluh yang tinggi

4. Pilih pakaian tidak mengganggu fokus bersama anak-anak - Apabila cik puan terpaksa membetulkan pakaian sepanjang waktu ini tidak dapat memberikan fokus dan sepenuh tumpuan kepada anak-anak . Pakaian ringkas , kurang atau tiada perincian adalah paling sesuai

Hujung minggu manfaatkan masa bersama bersama anak-anak. Waktu tidak boleh di undur gunakanla sebaik mungkin
#hanatajuddin #imejgal #httips
#htcares

  • Share:

You Might Also Like

0 comments