Day 33 - #modestjeansprojectht



Day 33 - Hari ni proses perbincangan 
pemilihan warna serta nak confirmkan sizing untuk #modestjeansprojectht

Minggu depan En Faizal akan berangkat ke China. Jadi kita confirmkan siap-siap semua. Dari segi saiz , Label nak letak di mana, ukuran betul ke

Paling menarik ,

Hari ni banyak yang kami belajar mengenai seluar jeans. Thread benang , Jenis button , jenis zip semuanya A to Z En Faizal explain.
Barulah kami fahak kenapa harga sekian . Dan seluar begini, harga sekian

Kami dah masuk fasa 2nd last . Jadi get ready semua
Insyallah after semuanya selesai . Kita dah boleh buka order

Teaser #mamadaughterdatetshirtht



MENGUMUMKAN!

#mamadaughterdatetshirtht 

Kita bagi teaser 1 warna dahulu. Bagi yang ingin ketahui lebih lanjut serta dapatkan harga promo untuk yang terawal boleh tinggalkan email di bawah


Masukkan email Cik Puan di bawah untuk menerima update mengenai mama-daughter date tshirt HT dan jadi terawal serta layak menerima kupon voucher khas untuk Cik Puan





All About #mamadaughterdatetshirtht



Ibu dan ayah yang sentiasa sibuk, pastinya akan mengambil masa khusus untuk bawa anak bercuti mahupun keluar bersama -sana untuk beraktiviti.

Kepercayaan Kami di HT
Kami percaya hubungan antara ibu dan anak yang kuat dapat melahirkan satu hubungan yang sihat serta berpanjangan. Ikatan sebuah keluarga pastinya  terjalin lebih erat.

HT Ingin Turut Serta

kami yakin dengan pemilihan pakaian yang tepat haruslah bersesuaian agar ianya tidak menganggu emosi serta pergerakan Cik Puan bersama anak-anak . Dengan Mama-Daughter Date. Tshirt kami yakin Cik Puan dapat memberikan tumpuan 100% kepada si kecil

Day 30 - #modestjeansprojectht





Day 30 -
hari ni Cukup sebulan modestjeansprojectht berjalan.  ya .. memang lama
Selalu yang terbaik makan masa yang lama :)

Banyak proses yang perlu di buat sebelum HT nak decide untuk production
Proses inilah yang memakan masa
Daripada kita nak tengok ukuran yang tailor buat betul atau tidak

Contoh macam untuk #modestjeansprojectht ni kan. Tailor di China rasa tak logik. Dorang rasa ukuran macam besar sangat. Hahaha.. padahal orang di China memang kurus-kurus
Jadi bila dorang pakai jeans still nampak longgar. Kalau kita di Malaysia dah rasa ketat dah

Sebab tu kita wajib buat sampel dahulu. Nak pastikan semua ukuran tu logic tak?
Cutting dia nampak cantik tak? Nampak loose tak dekat kaki dan peha?
ha... best kan bila dapat seluar yang loose macam ni :)

Ingat tak last week En Faizal ada maklumkan mengenai sampel akan sampai
< klik di sini>
 maka , tadaaaa
alhamdulillah dah sampai

Jadi jika Cik Puan ingin menjadi yang terawal dan dapatkan offer untuk yang terawal boleh masukkan email di bawah




Sila Isikan Email di bawah & Klik Subscribe untuk dapatkan update terkini, pilihan warna, serta kupon voucher khas untuk Cik Puan






Day 25 - #modestjeansprojectht

TIPS MEMILIH PAKAIAN YANG SESUAI UNTUK BERAKTIVITI BERSAMA ANAK-ANAK



Sebelum keluar dengan anak-anak untuk melakukan aktiviti hujung minggu seperti bermain di indoor playground , indoor themepark pastikan Cik Puan memilih pakaian mengikut kriteria berikut:

1. Pastikan pakaian tiada manik atau perincian yang tajam yang boleh mencederakan anak . Baju plain yang kosong adalah pilihan yang terbaik dan selamat.

2. Elakkan baju yang mempunyai tali mahupun ribbon yang boleh menyebabkan tersangkut dan boleh membahayakan ibu dan anak ketika beraktiviti. Sekiranya Cik Puan tiada pilihan, pastikan tali/ribbon di ikat kemas dan rapi. Pastikan ianya tidak dapat terbuka secara tiba-tiba atau tanpa sedar

3. Pilih pakaian yang menyerap peluh - semestinya apabila beraktiviti dengan anak-anak ianya satu aktiviti yang sihat di samping mengeratkan hubungan ibu dan anak . Aktiviti sihat bergini pastinya mengeluarkan peluh. pilih baju yang dia buat daripada fabrik cotton kerana ianya mempunyai kadar penyerapan peluh yang tinggi

4. Pilih pakaian tidak mengganggu fokus bersama anak-anak - Apabila cik puan terpaksa membetulkan pakaian sepanjang waktu ini tidak dapat memberikan fokus dan sepenuh tumpuan kepada anak-anak . Pakaian ringkas , kurang atau tiada perincian adalah paling sesuai

Hujung minggu manfaatkan masa bersama bersama anak-anak. Waktu tidak boleh di undur gunakanla sebaik mungkin
#hanatajuddin #imejgal #httips
#htcares

BERGAYA DENGAN VEST UNTUK TAMPIL ELEGAN DAN SOPAN



Vest adalah antara gaya yang menarik

TIPS BAGAIMANA UNTUK MEMILIH BLOUSE CORAK STRIPE YANG MEMBERIKAN ILUSI LANGSING


BAGAIMANA UNTUK MEMILIH BLOUSE CORAK STRIPE YANG MEMBERIKAN ILUSI LANGSING

HT nak sentuh mengenai stripe dahulu selain beberapa faktor lain untuk tampil langsing

Di sebelah kanan adalah pilihan tepat untuk mendapatkan ilusi langsing

Sekiranya Cik Puan memilih stripe di sebelah kiri, ianya tidak memberikan sebarang kesan untuk nampak kurus atau langsing kerana Faktor
a) Jarak antara satu stripe dan stripe bersebelahan adalah terlalu rapat
b) kelebaran garisan adalah terlalu nipis

Jadi pilih blouse yang sesuai untuk tujuan yang tepat. Jika ingin tampil langsing pilih blouse sebelah kanan ya

Jika pilih stripe di bahagian kiri ia hanya berfungsi sebagai corak sahaja dan bukan lagi dapat berfungsi untuk cik puan tampil kurus atau langsing
#imejgal #httips #hanatajuddin

Tshirt Muslimah Labuh HanaTajuddin

Kecewa saya buka je dari beg luggage habis semua baju renyuk



Badan dah penat



Nak turun makan dekat bawah hotel je pun...



terpaksa nak call front desk minta iron



Tapi sejak dah ada Side Slit Long Tshirt Muslimah ni

Seronok! hidup semakin senang dan mudah

Nak travel tu rasa tenang dah tak risau apa-apa



Yang paling best selain tak payah iron tshirt ni ada sangat special di hati saya




1. Bila travel aurat still terjaga. bermusafir pastinya tenang dan gembira

2. Bergambar nak upload di soc media pun rasa tak bersalah baju semua menepati ciri wanita muslimah

3. tak ada issue pun luggage kena bawa berat-berat dan banyak. Gulung je terus. Muat.

4. Duduk bersila, berjalan, berkejaran dengan burung merpati sangat selesa. Bila labuh macam ni ada potongan bahagian tepi tu .. memang tak tersekat dan tak rasa terhimpit pun nak bergerak

5. Travel kali ini dah tak perlu bawa baju banyak, tshirt ni basuh angkat terus pakai semula. Jimat masa! cepat kering dan boleh pakai semula!



pssst : Ada 5 warna dan saiz dari M , L , XL


CEPAT!! Sebelum stock habis macam batch pertama