4 JENIS POTONGAN SKIRT YANG HARUS DI ELAKKAN BUAT CIK PUAN BENTUK BADAN PEAR

By HanaTajuddin - 11:36:00


Aline Skirt | Hanatajuddin


Bagi Cik Puan yang tidak tahu untuk kenalpasti sama ada Cik Puan adalah berbentuk badan pear atau tidak,

Untuk kenal sama ada kita adalah berbentuk badan pear atau tidak
sangat mudah

Ini adalah Ciri-ciri wanita berbentuk badan pear

  • Ukuran pinggul lebih lebar dari bahu dan pinggang
  • Bermula dari paras pinggul dan ke bawah ianya jelas kelihatan
  • Berat mudah naik pada bahagian pinggul dan peha dahulu kemudian baru di ikuti bahagian perut dan badan





Bentuk badan pear ini di katakan adalah terdapat bahagian zon yang merbahaya iaitu


pada bahagian pinggul dan kebawah
Ini kerana bahagian tersebut adalah bahagian yang jelas kelihatan serta kita
ada misi untuk menyembunyikan bahagian tersebut

Jadi dalam memilih skirt

Cik Puan perlu bijak memilih skirt yang tidak menyerlahkan lagi bahgian merbahaya itu 'Danger Zone'



Ciri Skirt Duyung / Mermaid skirt adalah
  • Potongan skirt ini akan ketat di bahagian punggung dan kembang dari paras lutut ke bawah 
Kelemahan
  • Pinggul akan lebih mudah kelihatan lebih besar
  • Bahagian peha yang lebar pula lebih menyerlah
Namun sekiranya Cik Puan menggayakan Blouse labuh paras lutu ianyan dapat menyembunyikan bahagian bermasalah tersebut



Pencil Skirt : Skirt yang sempit dari paras pinggang dan ke bawah. Skirt ini akan membuatkan bahagian bermasalah lebih mudah kelihatan



Perincian draped atau perincian lipatan-lipatan pada bahagian skirt nampak 'heavy' untuk di gayakan dan akan menyerlahkan lagi bahagian bermasalah


TULIP Skirt : Skirt yang mempunyai perincian pada bahagian perut dan pinggul akan menyerlahkan lagi bahagian bermasalah




SKIRT YANG SESUAI UNTUK TUBUH BADAN PEAR


A line skirt adalah antara skirt yang sangat sesuai untuk Cik Puan yang mempunyai bentuk badan pear.

Potongan A line skirt ini adalah bermula dari paras pinggul dan kebawah ianya semakin kembang



Iron less A Line Skirt | HanaTajuddin

Bahagian kembang ini memberikan keseimbangan serta dapat memberikan ilusi langsing dan kurus.

Cik Puan boleh dapatkan A-Line skirt tidak perlu iron ini untuk di gayakan ketika hujung minggu mahupun ke pejabat. Klik di sini untuk dapatkan Ironless A-Line Skirt






  • Share:

You Might Also Like

0 comments