4 JENIS POTONGAN SKIRT YANG HARUS DI ELAKKAN BUAT CIK PUAN BENTUK BADAN PEAR


Aline Skirt | Hanatajuddin


Bagi Cik Puan yang tidak tahu untuk kenalpasti sama ada Cik Puan adalah berbentuk badan pear atau tidak,

Untuk kenal sama ada kita adalah berbentuk badan pear atau tidak
sangat mudah

Ini adalah Ciri-ciri wanita berbentuk badan pear

  • Ukuran pinggul lebih lebar dari bahu dan pinggang
  • Bermula dari paras pinggul dan ke bawah ianya jelas kelihatan
  • Berat mudah naik pada bahagian pinggul dan peha dahulu kemudian baru di ikuti bahagian perut dan badan





Bentuk badan pear ini di katakan adalah terdapat bahagian zon yang merbahaya iaitu


pada bahagian pinggul dan kebawah
Ini kerana bahagian tersebut adalah bahagian yang jelas kelihatan serta kita
ada misi untuk menyembunyikan bahagian tersebut

Jadi dalam memilih skirt

Cik Puan perlu bijak memilih skirt yang tidak menyerlahkan lagi bahgian merbahaya itu 'Danger Zone'



Ciri Skirt Duyung / Mermaid skirt adalah
  • Potongan skirt ini akan ketat di bahagian punggung dan kembang dari paras lutut ke bawah 
Kelemahan
  • Pinggul akan lebih mudah kelihatan lebih besar
  • Bahagian peha yang lebar pula lebih menyerlah
Namun sekiranya Cik Puan menggayakan Blouse labuh paras lutu ianyan dapat menyembunyikan bahagian bermasalah tersebut



Pencil Skirt : Skirt yang sempit dari paras pinggang dan ke bawah. Skirt ini akan membuatkan bahagian bermasalah lebih mudah kelihatan



Perincian draped atau perincian lipatan-lipatan pada bahagian skirt nampak 'heavy' untuk di gayakan dan akan menyerlahkan lagi bahagian bermasalah


TULIP Skirt : Skirt yang mempunyai perincian pada bahagian perut dan pinggul akan menyerlahkan lagi bahagian bermasalah




SKIRT YANG SESUAI UNTUK TUBUH BADAN PEAR


A line skirt adalah antara skirt yang sangat sesuai untuk Cik Puan yang mempunyai bentuk badan pear.

Potongan A line skirt ini adalah bermula dari paras pinggul dan kebawah ianya semakin kembang



Iron less A Line Skirt | HanaTajuddin

Bahagian kembang ini memberikan keseimbangan serta dapat memberikan ilusi langsing dan kurus.

Cik Puan boleh dapatkan A-Line skirt tidak perlu iron ini untuk di gayakan ketika hujung minggu mahupun ke pejabat. Klik di sini untuk dapatkan Ironless A-Line Skirt






HanaTajuddin : Bagaimana Untuk Menetukan Tubuh Badan Segitiga Terbalik


Bagaimana Inverted Tri Sleeveless Blazer dapat membantu Cik Puan yang berbentuk tubuh badan Inverted Triangle 


iaitu tubuh badan segitiga terbalik




Tapi sebelum tu Hana nak Cik Puan kenal pasti Sama ada Cik Puan mempunyai inverted triangle Body Shape atau tidak

Macam mana nak kenal pasti?

Begini:
Ciri-ciri badan segitiga terbalik : 
🌿Tubuh bagian pinggang ke atas lebih besar daripada bagian pinggang ke bawah, .
🌿biasanya ukuran baju bagian atas lebih besar daripada bagian bawah
🌿Bahu lebih lebar dari pinggul.
🌿Umumnya dada besar dan pinggul kecil

Ok Jum kita Ukur badan kita untuk kenal pasti sama ada kita adalah bentuk badan segitiga terbalik atau tidak


Home work elak daripada tersalah pilih pakaian
Wajib ukur ya :D

UKURAN 


BAHU : ____________ (inch)
DADA :_____________ (inch)
PINGGANG : __________(inch)
LEBAR PINGGUL: _____________ (inch)


PART 2 : TIPS PILIH TAHAP LABUH BAJU UNTUK KETINGGIAN 155CM KE BAWAH SUPAYA TIDAK KELIHATAN LEBIH RENDAH



ok Hana ada nampak hari tu ada yang dah ukur.

panjang tangan ke hujung ibu jari adalah 24 inch.


Maka ,

Tahap labuh MAXIMUM .

Ingat ya.. MAKSIMUM supaya tidah kelihatan lebih rendah baju adalah ( drumroll ) ———> 24 inch .

Jangan takut atau risau sebab labuh ni masih cover hip dan kekal tampil muslimah.

Jika labuh blouse yang di pilih adalah lebih daripada 2 atau 3 inch, ianya masih boleh

Macam Turtle neck tshirt blouse tu kan labuh dia 24 (bahagian depan ) dan

27 inch (bahagian belakang) memang sesuai sangat! masih dalam range ❤️












TIPS MEMILIH TAHAP KELABUHAN BLOUSE YANG SESUAI UNTUK KETINGGIAN 155CM KEBAWAH





Langkah 1:
Berdiri tegak tangan lurus
Ukur panjang dari bahu hingga Hujung Ibu jari Cik Puan


Panjang atau Jarak Bahu saya hingga ke hujung jari adalah : ____27inch_______


Sekiranya Cik Puan selesai jom kita ke langkah seterusnya
Klik Di sini 

TIPS HILANGKAN KEKUSUTAN SETIAP HARI


Saya tengok berkali-kali sebab nak salin doa tu. tapi macam tak betul pula ayat saya tulis .Google sekali tak jumpa. dengar semula .

Yeayy jumpa (google detect 😆)
semoga bermanfaat
doa ni di petik dari hadis al-azkhab oleh imam annawawi .
Boleh tengok youtube perkongsian ustaz don di sini
https://youtu.be/Y7G3tlt9JYE
.
Mari amalkan doa ini yang di baca oleh Rasulullah SAW doanya



“Bismillahi ‘ala nafsi wamali wadini. Allahumma raddhini biqodho ika wabarikli fima quddiroli hatta la uhibba ta’jila ma akkharta wala takkhira ma ‘ajjalta.”

Maksudnya:

“Dengan nama alllah yang memiliki diri aku, harta aku dan agama aku. Wahai allah tolong bagi aku redha dengan apa yang telah engkau tetapkan kepada aku

sehinggakan  timbul rasa dalam hati aku benda aku tak suka benda yang enkau nak cuba lewatkan aku nak jadi cepat. Benda yang engkau nak cepat aku tiba-tiba  lambat kan apa yang tetap untuk aku, jadilah”

#HTINSTYLE WARNA PANAS DAN WARNA SEJUK

WARNA PANAS DAN WARNA SEJUK
Apa tujuan kita kena Warna panas dan warna sejuk?
Dalam fashion warna panas dan warna sejuk
adalah berfungsi untuk tentukan warna baju yang sesuai dengan ton warna kulit (Skin Tone ) kita
Kita juga perlu tahu Ton warna kulit kita
bersifat warna sejuk atau warna panas
Tapi sebelum kita bincangkan warna baju yang sesuai dengan kulit kita kita kena kenal dulu warna bagaimana yang bersifat panas dan warna apa yang bersifat sejuk





Kita tengok sahaja color wheel.
Color Wheel ni sangat special dan penting serta menjadi
rujukan nanti untuk kita mix and match pakaian. 
Dan Color wheel ni sangat banyak manfaat dia 
Asasnya dari color wheel kita boleh pecahkan kepada 2 bahagian
Merah , Oren, Kuning - Warna Panas
Biru, Ungu, Hijau - Warna Sejuk

Tapi Sebenarnya setiap warna ada bersifat warna sejuk dan warna panas

Contoh merah
Merah - adalah di bawah warna panas
tapi bila di pecahkan merah juga terbahagi kepada 2 sifat warna- panas dan sejuk




Warna Biru
Warna biru adalah warna sejuk
Tapi warna biru juga ada warna panas



agak-agak mawar dress tu
oren sejuk atau panas?
#hanatajuddin #htinstyle

Sarapan Pagi Di Teh Laris Shah Alam Seksyen 13

Selalunya pagi memang nak fikir breakfast kat mana
hari ni destinasi pilihan adalah Teh Laris!

Apa yang menarik nya breakfast dekat Teh Laris Shah Alam ni kan
Paling - paling best dia buka awal

Kalau kedai lain exclude Fast food, buka mesti 
pukul 9.00 pagi atau pukul 10.00 pagi

Makanan memang best sangat
Dia lebih kepada masakan Johor husband cakap

Hana Try Air Selasih Bandung
Dengan Ketupat Berlauk!


Mula Menulis Tak tau Nak Mula Macam Mana

assalammualaikum
saya harap anda di luar sana
sihat, gembira dan sentiasa tabah dalam mengharungi dugaan hidup

Tiba-tiba cerita pasal dugaan kan,

Sebenarnya saya tak da idea sangat nak share apa
malam ni
sebab saya rasa dah lama tak update dekat blog ni
Tapi insyallah lepas ni memang nak aktif

Boleh tak bagitau saya
Apa yang anda nak saya share dekat blog ni
Please

Pasal OOTD ke pasal tips ke
kalau masak, maaf sangat sebab saya
tak sempat nak masak
selalu bungkus dekat luar je

Kalau Sabtu Ahad memang kadang saya panggil Food Panda hantarkan
makanan. Punyala macam busy kan

Tapi alhamdullillah so far ok
walaupun kadang-kadang ada yang lambat . uhuhu redho sahaja

ok tapi tula
saya tak da idea nak tulis pasal apa
boleh ke anda suggest pada saya
please
please
please

kalau tak da... maka ootd sahaja la jawabnya (kering idea :( )

Apa-apa pun selamat malam!
(11.45pm )