Anda Sesuai Gayakan Pakaian Bewarna Monokromatik... Tapi apa itu warna Monokromatik?

Jika rakan anda tanya anda begini,

eh monokromatik tu warna apa ya?
macam ni... Ada orang bagitau saya,
saya sesuai pakai warna monokromatik
tapi saya tak sure la warna monokromatik tu apa...

Agak-agak apa yang anda akan jawab
untuk bantu menjawab persoalan rakan anda

tak perlu panik
mudah je ...

D A N

simple je ,

Jika kita pecahkan maksud warna monokromatik ini

Mono = Satu
Kromatik = warna

Jadi maksud warna monokromatik adalah satu warna.
Dalam fesyen warna monokromatik ni memang boleh kita cakap dari atas ke bawah pakai satu warna je. Contoh
kalau tudung biru, blouse kasut semua biru.

Tapi actually tak semestinya anda perlua memakai satu warna yang sama.
Anda boleh gayakan satu warna yang sama tapi tahap kecerahan berbeza

Contoh untuk gayakan warna Monokromatik anda boleh pilih contoh biru
Anda boleh memilih seperti dalam gambar
contoh kombinasi warna monokromatik

contoh kombinasi warna monokromatik



ok bercakap pula memgenai warna hitam dan putih.
Banyak dalam majalah atau website
tunjuk warna monokromatik tu hitam atau putih
Buatkan ramai confius.
Sebenarnya term paling tepat untuk pakaian yang digayakan warna hitam putih atau kelabu ni actually kita panggil akromatik


Jadi Apa beza akromatik dengan monokromatik?


Mudah


Warna akromatik terdiri daripada warna neutral iaitu hitam, kelabu dan putih
Kalau orang tu gayakan sekali tiga warna ni dalam pakaian still dipanggil akromatik


Untuk monokromatik pula bermaksud kita gunakan 1 warna tapi berbeza kecerahan. Kita gayakan pink pudar combine pink pekat combine pink cair



contoh kombinasi warna akromatik

contoh kombinasi warna akromatik

Mudah tak anda ingat. ingat tau warna ni sebab next post saya akan kongsikan siapa yang sesuai gayakan warna monokromatik ni. Bentuk badan yang mana yang sesuai untuk gayakan warna monokromatik ini

Teaser Tshirt Muslimah dari HanaTajuddin Bakal Di Lancarkan Tak Lama lagi









Hari ni Hana nak bawa anak-anak keluar makan. Walaupun budak-budak ingat dorang kena pergi sekolah . hahha...
.
inspirasi hari ni warna putih
Shawl Hana memang gayakan premium verve shawl dari Hanatajuddin .
So far banyak feedback yang Hana terima
Cakap shawl ni nampak muka panjang
Shawl ni material dia best tak terlalu licin
Tu pun dah buat Hana happy giler

Oh ya
Tshirt ni bakal dibkeluarkan tak lama lagi
Mesti ramai excited kan...

Insyallah Hana pun cupa secepat mungkin okeyh!
#hanaootd #htootd #tshirtmuslimah

Bagaimana Memilih Blouse Untuk Wanita Yang Rendah? Apa Tahap kelabuhan Blouse Yang Sesuai? Bahagian 1




Ketinggian berbeza membuatkan anda perlu
memilih blouse yang sesuai
dengan ketinggian anda


Kalau sebelum ni kita bincangkan bagaimana membuat kaki nampak lebih 
panjang dan anda nampak lebih tinggi
Kali ni kita bincang lebih spesifik
Bagaimana untuk wanita yang rendah?


Saya ni rendah orangnya apa tahap kelabuhan blouse yang sesuai dengan saya?

Ok jika ketinggian anda 155cm ke bawah,
Elakkan daripada memakai blouse yang terlalu labuh

Kenapa?

Apabila anda menyarungkan blouse labuh anda akan kelihatan lebih rendah
Ini di sebabkan kaki anda akan kelihatan lebih pendek (seperti yang kita bincangkan sebelum ni)


Maka pada tahap manakah labuh yang sesuai untuk blouse anda
dengan ketinggian 155cm ke bawah?

Pesanan daripada Puan Mary adalah

Caranya sangat mudah!  Tak sampai 5 minit dah selesai!

1.Berdiri tegak

2.Rapatkan kaki

3.Buka tapak tangan

4.rapatkan tangan ke badan.

5.Hujung jari hantu adalah paras paling labuh untuk blouse anda.

Jika mahu lebih 2 ke 3 inci, masih dibenarkan - labuh macam ni anda tak perlu risau sebab still cover pinggul.

Selalunya bila kita membeli blouse muslimah,
model yang akan kita gunakan adalah model yang sedikit tinggi. Jika mereka rendah pun
model akan gayakan dengan memakai heels beberapa inci tau

Saya tunjukkan blouse yang ada di HanaTajuddin yang bersesuaian dengan ketinggian anda



Lulu blouse dan Fairy Lace blouse daripada HanaTajuddin mempunyai kelabuhan hingga paras lutut . Namun jika anda kurang tinggi iaitu 155cm dan ke bawah , blouse ini membuatkan anda kelihatan lebih rendah

Dalam gambar model adalah berketinggian 160cm++ 
Serta menggayakan blouse ini bersama heels


Humaira  blouse dari HanaTajuddin adalah kelabuhan yang sangat sesuai untuk anda yang ketinggian 155cm kebawah. Walaupun pada model ianya kelihatan pendek ini adalah faktor model adalah tinggi 160cm keatas. Jika anda berketinggian 155cm ke bawah, blouse ini memang sesuai


Girlsdayout blouse dari HanaTajuddin adalah kelabuhan yang sangat sesuai untuk anda yang ketinggian 155cm kebawah. Walaupun pada model ianya kelihatan pendek ini adalah faktor model adalah tinggi 160cm keatas. Jika anda berketinggian 155cm ke bawah, blouse ini memang sesuai


Kelabuhan yang sepatutnya untuk mereka yang berketinggian 155cm ke bawah adalah bertanda hijau.

Oleh sebab itu, blouse nampak cantik dan kena pada tubuhnya yang tinggi lampai dan kakinya yang lebih panjang.


Untuk kita yang bukan berketinggian seperti model, marilah ikuti tip di atas.



Tips Bagaimana Buat Kaki Kelihatan Panjang dan Anda Nampak Tinggi



Anda pasti sedia maklum
Baju bahagian bawah kita adalah garis melintang dan
jahitan pada hujung baju juga adalah garis melintang


kelabuhan baju dan kedudukan garis melintang ini
boleh mengubah visual propotion bahagian bawah dan bahagian atas badan kita

Jadi mudah je bila anda nak dapatkan kaki
kelihatan lebih panjang
atau badan nampak lebih panjang


Anda boleh mencuba sendiri di rumah
Buka almari anda, sarungkan blouse yang labuh
paras lutut atau bawah lutut.
Kaki anda akan kelihatan lebih rendah tapi bahagian
atas badan anda akan kelihatan lebih panjang


Manakala jika anda ingin kelihatan kaki nampak panjang,
Sarungkan blouse yang sedikit pendek tapi still tutup pinggul la kan
Secara automatik, kaki anda akan kelihatan lebih panjang


Atau
Anda juga boleh mencuba dengan mengubah garis pinggang
Dengan cara Tuckin, kaki anda akan kelihatan
lebih panjang selain daripada anda mengubah kelabuhan baju


Jadi terpulang pada anda untuk Nak nampak kaki kelihatan
lebih panjang atau nak nampak badan anda lebih panjang

Ada 2 cara mudah.
Sama ada anda ubah kelabuhan blouse atau anda boleh tuck in
Dengan cara ini ianya mengubah kedudukan garis melintang pada badan anda


Untuk next post kita akan bincangkan
labuh yang bagaimana yang sesuai untuk mereka yang bertubuh badan rendah



Gayakan blouse labuh, kaki anda kelihatan sedikit rendah


Gayakan blouse sedikit pendek kaki anda kelihatan panjang

Kaki anda kelihatan panjang dan anda nampak tinggi apabila menggayakan blouse pada paras  pinggang





#Hanaootd #OOTD Tema Pink dan Peach