Bila Shakil Mula complaint ... Not Fake Eyelesh!

Ha.. ha..

Bila scroll gambar Shakil tengok banyak gambar Safiyya
"Ibu where shakil's picture?"
"ibu where shakil's picture?"

Bila scroll lagi still gambar Safiyya
"No!thats not Shakil, itu adik"

alahai . memang tak nak bagi dia terasa pulak kan. Risau juga kalau dia pikir ibu tak sayang dia pula...

Lepas waktu maghrib sungguh-sungguh la ambil gambar dia
Sebenarnya bukan tak nak ambik. Dia suka buat gaya tah pape. Bila kita nak ambik gambar dia automatic dia buat gaya ultraman la.. gaya yang tah pape
lidah terkeluar, mata ke atas, mata terbeliak
Itu jela gaya dia

Tapi masa maghrib tu dapat idea
Sebab dia pejam mata kelakar gila

Tergelak-gelak bila tunjuk dekat dia
Shakil tengok ni
hA!! ha..!

Shakil look!
hahahaa


memang terkekek gelak
tengok ekpressi dengan mata dia tu

Tengokla gelagat dia

"Ibu will miss this moment baby boy!"
ibu suruh senyum, pejam mata lama-lama

dia dah bosan sebab lama sangat ibu ambik gambar. Hhaha, memang la sapa suruh gerak sana sini

No fake eyelash for today!hiks

Sampai Bila Nak Pakai Bengkung Ni?

Rimasnya susahnya nak bergerak
Bukan anti berpantang cara traditional ni
tapi bila pakai benda macam ni kan
Anak meragam
dah tu ko berlari-lari anak bila nak duduk
alamak! macam kaki ni tersepit sebab terikat dengan bengkung ni

Mula la google cari kelebihan pakai bengkung
Kelebihan pakai kapur dengan limau purut tu

Sebab kan bila macam nak habis tempoh pantang ni
Membuak-buak rasa nak tau
perlu ke pakai tu semua. Sebabnya rasa tak mau pakai dah. Rasa macam dah habis pantang. Muahaha. Padahal masa mula-mula lepas bersalin idokla rasa nak complaint kena pakai bengkung dengan limau nipis tu

Bila google pasal kelebihan pakai bengkung
Untuk kurus!
Bila google pasal kelebihan pakai limau nipis dengan kapur
Untuk kurus!

Mata ni memang nampak tu je. walaupun ada banyak lagi kelebihan lain
Agaknya orang dulu-dulu dapat motivation sebab nak kuruih la na

Kalau tanya suami , perlu ke pakai lagi?
dia tanya kita balik
aih memang tak menjawab soalan

Korang kalau pakai bengkung memang 44 hari ke wajib?

Tulang Pinggul Sakit . Kenapa Doktor?

Memang pening sangat awak!
Yela kita merancang Allah yang menentukan
Fuh!

Sebenarnya tak planning lagi
nak ada baby dalam masa terdekat ni
Yela. Takut bersalin tu masih ada

Dapat tau pun masa tu dah sebulan lebih
Itu pun sebab masa tu sakit tulang pinggul

Pergi DEMC
Kita pun nak suh doktor buat X-RAY
Sakit sangat

Kalau duduk dekat kerusi tu
Mashallah malam confirm!
Tak boleh tido punya
Bila berjalan Allahuakhbar
Berdenyut-denyut
sakit wooo.. sape pernah kena
sakit kan?
jum nangis sama-sama




Masa sampai tu doktor
tanya bila last period
Wuahaha memang kita tak take note
Tersipu-sipu la jawab dekat doktor
"errr... saya lupa doktor"

Kemudian ,
ha... p la check
tup tap

Dapat result

Terngiang-ngiang sampai sekarang
"awak pregnant"

PANG!!! aku rasa aku nak pelempang diriku sendiri
Tapi kena la bersyukur rezeki Allah bagi kan

wua.. tapi takut nak bersalin
Macam mana---tolong!!!

Rasa nak lari pergi planet pluto!

Lepas tu memang betul lari sampai planet pluto
Tak bayar bil!
bahaha kena tangkap dengan DEMC
BALIK semula ke bumi

Ha.. bermula la cerita menjadi mak buyung
Sejarah lama berulang~~

Masuk keta ja kami katuk kepala suami
ehehe gurau ja

STRATEGY BERJAGA MALAM - Part 2

Tapi time-time macam ni
si Shakil mem popo kan diri
adeh

maka bersuluh la pakai lampu handphone
Cari lilin
husband pun bawak si shakil dengan safiyya naik atas
siap-siap kan dorang

Paling best
Bila dorang dah siap cecans!
Ha,,, elektrik dah ada balik

Hahaha budak kecik Safiyya tu
dah excited nak berjalan
Elektrik dah ada
cancel la ye anak-anak

Si abang menjerit
"iBU ! Magic!"

mula tak paham jugak
dengan pelat-pelat tu kan
"what?

"ma...gi"

"what?"

"ma...gi"

"what..?"

dia pun datang dekat telinga kita
dok sebut  magi..

"Oh magic?"

"yes! magic!"

Ha..ha sorry la nak.. ibu tak clear dengan sebutan kamu tu

Malam tu aktiviti berjaga malam tak ada
Alhamdulillah selamat...

Tapi pukul 4.00 pagi baby bangun
Kita pun try tengok luar kan
sebab husband kata dia boleh
jaga baby . dia tido luar

Buka pintu je..
tilam je yang ada.
orangnya tido kat atas

ceh! yo yo o.. je ya sayang!


STRATEGY BERJAGA MALAM - Part 1

Semalam penuh tragis
Dari pukul 1.00 pm terkebil -kebil dekat ruang tamu
si kecik tak tido lagi

sekejap  terkebil-kebil , sekejap termenung , lepas tu menangis

dukung ke hulu ke hilir
sampai lenguh la bahu
selang selikan dengan susu
itupun tak jalan
kemudian sapukan minyak

kan orang cakap baby selalu kembung perut dia
kalau menangis tu maksudnya 
perut dia masuk angin la tu

pukul 12.00 tgh hari dia dah berak
selalu lepas berak dia akan tido dengan lenanya

kebetulan semalam husband ke office 
tak dala acara berganti - ganti atau pass baton
terkontang-kanting la kamu sorang-sorang
lenguh wooo bahu dari pukul 1.00
petang sampai pukul 4.30 petang
Nak menangis rasa pasal ponat weyh!

mula - mula whatsapp husband tanya bila balik
tapi tengok macam tak deliver terpaksa la call
tanya bila nak balik. Si kecik ni tak boleh tido. katanya 4.30 ptg ada lagi interview. Perghhh sis redho

Bila husband sampai je rumah,
si kecik dengan jayanya dah tido

"sayang, malam ni u kena berjagala.. sebab i tak tido dari tadi"

"eh boleh-boleh malam nanti i jaga. Ni ada tilam ni . i tido bawah dengan budak-budak"

excited kita awak... tepat jam 9.00 malam kita pun landing atas katil. Dengan harapan , nanti husband berjaga , kita boleh ganti jaga budak sebab dah tido awal dulu
.
Nak lelap je, tup! blackout 
electric terpadam
alhamdulillah! 
panas bukan main

lepas tu atur strategy
dah planning dengan husband duk dalam keta . pusing-pusing mana la kan. sebab ada aircond dalam keta
.
tapi   
bersambung di sini 



Shakil and spiderman Cap


Waktu tengah hari macam ni
siapa nak bagi dia main dekat luar

Dengan mata bulat dia tu
sambil satu- satu menyusun ayat
bahasa sikit pelat

"ibu ... shakil ... want ... play... outside"

"nantila , wait for ayah. Nanti ayah balik boleh main playground"

Dia tak faham atau buat-buat tak faham 

"ibu ... shakil ... want ... play... outside"
"ibu ... shakil ... want ... play... outside"

"nantila shakil. petang ya"

"No biu" (bahasa pelat dia) 
"shakil ... want ... play... outside"
itu je perkataan yang di ulang"
mata bulatnya  minta simpati

kita risau kan tengah hari panas
nanti berpeluh
demam ke macam mana?

tapi sebab kesian dia berkurung dalam rumah je

bukala pintu...
terus sarung kasut dia

main car controller 
tapi tak sampai 5 minit
mainan tu dah habis bater
muka dia geram, tekan-tekan tak bergerak

"ibu , where is truck?"

truck ni manual. tak pakai bateri. dia tau boleh main manual

Sebab ibunya macam layan tak layan
dia masuk , pergi area toys
dia jumpa truck and spiderman cap



Ha.. dia tau panas, dia pakai cap
pandai pun anak ibu
pikiaq sendiri kan

Pakej Berpantang secara Stay In Oleh Mak Cik Teh

Macam-macan #makteh ajar masa pantang ni

Bila duduk sekali segala petua,
Cerita pantang
tips yang di amalkan
Semua dia ajar kita

Tak terkejar nak salin buat buku

Ni pasal bertungku
TIPS UNTUK BERTUNGKU
1. Panaskan dejat dapur dengan api kecik . Kalau apinya kecik , memang batu tungku tu boleh guna lama
Dulu pernah buat sendiri
Sebab nak cepat bukak api besar-besar. sekejap je panas. Lepas tu sejuk dah. now tau tersalah part panaskan batu tu

2. PANASKAN SELAMA SEJAM
Set timing awal-awal. Selalunya start mandi dedaun pukul 8.00 pagi. Pukul 7.00 pagi mak teh akan panaskan batu. Dan buat breakfast siap-siap.
lepas kita mandi. Time kita breakfast mak teh akan mandikan baby

3.SEJUKJAN BATU SELAMA 15 MINIT
Jangan terus balut dengan kainZ Terbakar la jawabnya nanti

4. IKAT BATU GUNA TALI
Ikat supaya kemas dan mudah untuk kerja-kerja bertungku. Dulu tak ikat memang sikit-sikit terbuka. Sebab pegang pakai tangan. Tak da tali-tali. Bertungku jadi lagi lama. Sekarang dah ada yang ajar

5. BATU BUCU DENGAN LEPER
Batu yang berbucu ni bagus sebab nak tungku dekat perut kan. Yang leper pun boleh guna untuk bahagian badan. Selalu Mak teh akan bakar batu tungku sekali 2 atau 3
Contoh masa dia tungku di perut , 2 batu tungku akan letak di bawah kaki dan tepi pingang. Supaya badan kekal panas

Bila dia bertungku berurut, masa tu la dia share macam -macam tips! Huhu

Jadual mak teh harian bila dia jaga orang pantang
Pagi dia sediakan air dedaun tu untuk mandi . Petang pun sama (2x sehari)

Kemudian settlekan baby

Sediakan sarapan pagi, tengah hari, makan petang, makan malam
(Awas makan malam adalah makan nasi! Hahaha - makan berat gitew)

Bertungku pagi dengan petang
(2 kali sehari)

Urut badan (sekali sehari)

BONUS ! Haha siap ada bonus lagi. 
Kalau baby kuning dia akan buatkan air kundur untuk turunkan baby kuning. 
Memang complete!
Nak minta sunatkan / cukurkan baby pun dia buatkan

Segala jenis jamu dia ada provide

Semua ni berpantang secara stay in . mak teh ambil 3 hari , 7 hari, 20 hari dan 44 hari . Ikutlan. Tak kisah berapa hari

Kalau nak , call mak teh
Jangn whatsapp dia dah berumur
Tak reti whatsapp2 ni

sebab ramai tanya
hana letak no dia siap-siap
: +6012 - 912 8784

Untuk rujukan semua di masa akan datang. mana tau ada yang tengah preggy tu . #share dengan kawan-kawan mana yang tengah pening siapa nak jaga masa pantang
Oh ya suami dia boleh berubat kalau kayap

#pantang #berpantang #pantangtips
#hanatajuddin #htpantangjourney

Sorry, Ibu Terpaksa hantar Shakil Safiyya Duduk Dengan Nenek



šŸŽ¶Balik kampung...
Hoho balik kampung..
Hati riangšŸŽ¶

ahahah Shakil excited tau nak balik kampung. Bila ada adik baru ni Shakil mudah sangat merajuk

Bila adik tengah baring
"ibu, shakil ni..." sambil tunjuk tangan nak sentuh kepala adik

Bila kita tak bagi dia merajuk
Bila adik menagis dia cuba nak tenangkan adik dengan usap kepala
adik nak susu, bukan main kepala. Kita cakap jangan dia merajuk lagi

Macam tula aktiviti Shakil bila ada baby baru. Dia excited
"Waaa... cute . Baby comel"
Itu yang di ulang-ulang

nampak excited
Ibu jadi rimas. Belum lagi Shakil bergaduh dengan Safiyya. Masing-masing nak duduk depan adik .

Jadi memang ibu & ayah has been decided untuk Shakil n Safiyya duduk dengan nenek kejap

Tapi ...
Alahai , tengok muka dia yang monyok ni buat ibu nak ambik awak cepat-cepat

Tapi apa boleh buat. Kalau ada nanti habis kacau adik
Berkerumun macam semut

Shakil & Safiyya sabar tau . tak lama je lagi !


Muka dia dah tahap bosan giler la tu. Monyok je.