Oh Sayang! Ikan Bilis Tu Hangit! - Berpantang Journey | HanaTajuddin

Alhamdulillah hari ke - 5

Sebab tak sempat nak ambik tukang urut
Kita pun duk pikir nak makan apa

And I told my husband
"U masak ikan bilis goreng 
Dengan nasi putih je sayang,
i makan je"

Jadi bila u pun ambik kuali
on kan api,

and i am super excited
yela, i know u tak pernah masak
tiba-tiba
 confidently u just asking me about
berapa banyak ikan bilis nak masak ni?

Not asking about how to cook?
how long it takes to cook?
A bit wonder but never mind

Tengok la dulu macam mana kan
I duduk depan TV layankan drama
Sambil memangku si kenit 

"urm...macam bau hangit"
Tapi drama yang mengasyikkan terus terlupa yang hangit tadi

Tiba-tiba

"B , ini kira hangit ke ok?"

Allah, haha i rasa nak marah u sayang
tapi sabar jela
boleh dimaaafkan
Dah rentung ikan bilis tu
Daripada biasa kita tengok warna coklat jadi hitam sikit

Maka i la goreng ikan bilis sendiri

Masa tengah masak
 my husband asking me, how long does it takes to make ikan bilis ni masak b

U know sebagai pro dalam masakkan (pffttt..!)
 i mana tau nak explain berapa lama untuk masak
secara teknikal pun i tak tau nak explain

yang i tau , agak -agak je syg 

superman vs superhero vs superkids - My Happiness


Alhamdulillah
Terima kasih Allah kerana memberikan ku
Segala nikmat

Yang kadang-kadang mungkin aku terlupa
Terleka atas segala-galanya

Benarlah ayat al-quran  iaitu kalam dari mu

    "Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepada-Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah kamu dapat menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)." (Ibrahim, 14:34)


Semoga aku tidak tergolong dalam golongan yang
tidak mensyukuri itu

Such a beautiful memory to see
You, Shakil, Safiyya together

Now Shakil,
Ibu wonder kenapa suka posing macam tu

Safiyya - never get enough dengan lidah dia
Huhu

Cepat sangat membesar
Ibu nak Shakil anda Safiyya tau walau


sibuk macam mana pun ibu
Ibu tetap sayangkan Shakil , Safiyya dan Baby


When you grow up
Shakil Safiyya n Baby mesti akan faham
Insyallah

Both of you sentiasa buat ibu happy
Suka buat lawak dan kacau ibu kan
Nanti dah besar jangan lupa ibu pulak :D


Syg Thank you so much
sebab banyak bekorban masa
Jaga our little kids
May Allah grant him Jannah


    

I'm blessed!
Alhamdulillah | Thank You Allah

LAST CHECKUP DI HOSPITAL SALAM Shah Alam



Dr kata dah engaged!
O-o bismillah
maksudnya tak lama dah nak deliver ni

sekarang ni macam-macam perasaan ada
takut ada seram ada


Cuma Dr Siti Mariam nampak rilex je
Katanya anak no 3 tak ada pape
Senang

Berhuhu kita awak...
Tapi sentiasa berdoa
Supaya Allah berikan kekuatan
kurniakan ketenangan
Allah yang maha memudahkan
Allah yang maha melancarkan sesuatu
Allah yang mengatur segalanya

Laillahaillaanta subhanaka innikuntu minazzolimin

Last checkup ni tak ada apa - apa Macam biasa check air ketuban
Check air kencing
Blood pressure
Timbang berat

Dr Mariam bagi pilihan nak induce awal ke macam mana?
Wuaaa takut kita pilih hari ke - 7

ya allah bantula hambamu yang lemah ini amin

Bagaimana Kejutkan Safiyya tanpa perlu gerakkan badan dia

Benda ni dah identify sebelum ni

kebetulan semalam planning
nak ke Subang Parade beli ink printer
Lepas Asar baru nak gerak
Sekali tengok Safiyya dah tertido

Alahai isu besar ni
problem macam ni
mesti nak dukung

Minta husband kejutkan
so, husband pun panggil
"safiyya, safiyya jum"

Tiada reaksi
Tiada sambutaN
Tiada sahutan

kita pun bagi cadangan dekat husband
"syg, cuba u bunyikan kunci kereta"

husband pun ambik kunci

Sekali !

Terperanjat tengok
Safiyya bingkas bangun
Dasyat juga

Mata dia terus bulat



Terus dengar suara dia
"ayah , shakil jum"
(dia bahasakan nama dia shakil, mungkin dia ingat shakil ni sejenis bahasa umum)

Akhirnya setelah PENAT LELAH MENCARI SAYA JUMPA DI GUANGZHOU!

Lihat material pants
Yang boleh stretch ni saya bingung
kat mana nak jumpa yang staright cut

Pusing mall semua skinny
Bila beli seluar preggy ni pun bawah kecik
Alahai!
Kata staright
Tapi bila pakai aik kecik pula di bawah

maka bermula la episod



Struggle cari material ni
Bayangkan dekat Guangzhou tu
Berapa ratus kedai

Jalan sekejap saya duduk
Sambil belek-belek material
dari pukul 8.00 pagi keluar dari hotel,
7.00 mlm baru jumpa dan beli!

Sampai Malaysia kami hantar
jahit pada tailor seluar jeans / khakis
Material macam ni dorang pakar dah

Tukang jahit pun siap tanya
mana dapat material ni?
K*md*r, n*g*ya dan sewaktunya
mesti takkan jumpa

Depa siap puji lagi material tu,
Uish seronok dengan alhamdulillah
pencarian tu tak sia-sia

Maka terhasillah Pants cotton stretch
daripada #hanatajuddin x #Hanartw


Boleh klik di sini :

STRAIGHT CUT PANTS

oh ya , denga material ni juga kami buat A-line skirt
Boleh klik di sini :

A LINE SKIRT




Kakak Ke Ibu? .. Waaa.. Tq Shakil! Hiks!

KAKAK KE IBU?

Bila Shakil makan nasi
Minta lagi
" kakak laie"

Hahaha
Kalau ayah still maintain ayah
Tak da nak panggil abang


Panggil abang long pun tak da
Abang kawasan pun lagi la



Sorry la syg kita memang berbeza umur
Sememangnya i lagi muda dari u
hihi


Gambar ketika u sedang makan bersama abang long
kawasan Tokey tshirt


Masa ni dekat guangzhou mencari fabric
Balik dah penat
Makan puas-puas


sampai i ambik gambar u tak sedar
#ibuperasanmuda #galakkananakanakjuga
#hanatajuddin #sweet17

Penting Sangat Ke Headline? - Storytelling | Copywriting


Begini proses pentingnya HeADLINE

Belum nampak lagi?
Ulang tengok 30 kali

HEADLINE --->Rasa ingin tahuAudiens mula membaca cerita ---> Hubungan mula wujud ---> Apabila audiens suka dengan cerita kita ---> Kita mula mempunyai pengaruh untuk menjual. 

Headline ni kena pendek ke panjang?
Pendek atau panjang bukan issue dia
Tapi bila orang baca ada tak rasa curious?

Cuma sebagai guideline sebaiknya
Tak lebih 10 perkataan 
Kalau headline terlalu pendek pun kadang mesej jadi tak sampai

Tapi ada juga headline yang pendek
menimbulkan curious contoh:

  • Putus Cinta 15 Kali
  • Potong Kaki Sendiri 


StoryTelling dan Copywriting

Sebenarnya tengah dalam memahamkan mengenai
Storytelling dan copywriting ni

First baca ebook #STOB dari #cikgugarang
Faham sikit-sikit

Ni baca untuk kali ke--2

Sekarang letak dekat blog ni supaya
boleh jadi rujukan masa hadapan

Storytelling Copywriting 
kalau nak tengok contoh
iklan ubat batuk cap ibu dan anak
Kan  ada lagu dia buat

LEGO pun sebelum nak masuk
pasaran siap kumpul pakar dalam bidang antropologi
semata-mata nak faham budaya dan dunia mainan budak kecik

Jadi terhasillah macam-macam karakter yang ada cerita sendiri

Itu contoh syarikat besar gunakan storytelling dalam pengiklanan

Apa yang perlu kita mahir nak hasilkan storytelling ni?

Pertama
HEADLINE

Headline ni fungsi macam switch button
Dari pada merah bertukar hijau

Jika mantap headline tu
Maka... mesti anda akan tersengih-sengih
di bucu dapur

Headline  tu macam ni ----> headline

Skirt Executive ... Terima Kasih Puan Mary!

Malam tadi bila tengah duduk dekat kedai makan
Dapat whatsapp dari Ira


Excited sebab Puan Mary dengan hashtag selalu di bawa #puanmary #guruimej #puanmaryapproved.
Alhamdulillah . Gembira. Pasti team #HanaTajuddin gembira

Sebab dorang pun kenal dan pernah pergi
Kelas Puan Mary






Skirt Executive



Skirt Executive ni banyak cabaran dan cerita di sebaliknya
Tapi itu nanti kita cerita len
Yang penting hari ni excited
Sebab Puan Mary pun turut setuju dengan Skirt Executive ni

Bagi yang nak lihat skirt ni bagaimana klik di sini : 


Bila Safiyya Mengamuk... A no B!




Surprisingly  Safiyya ni ibu tengok
Sejak lahir memang serious
Mungkin masa pregnant memang ibu terlebih serious


Kalau abang lebih lembut,
(Tapi kadang suka juga buli adik)
Safiyya lebih garang

Kalau Safiyya cakap nak nasi.Nasi la.
Bila bagi dia cookies

Safiyya mesti menjerit "NO"!
Bingit!
Badan kecik ibu heran macam mana suara boleh besar.
Kalau makan diluar paling susah bila
Kedai makan tu sebelah ada small toys atau ballons
Macam MyNews

Selagi tak beli something,
selagi tu akan melalak dalam kedai makan
dan Safiyya tak nak makan langsung

Ibu stress!
Ayah la yang melayan Safiyya
Safiyya memang tak boleh control
Kalau abang hanya akan tunjuk muka sedih


Orang cakap itula ciri-ciri anak no 2


Ada Dr fadzilah kamsah beritahu melalui media
Kenapa anak no 2 perangai dia macam Safiyya ni
Dan kenapa anak no 1 lain

Pertama sebab masa pregnant anak no 1 ibu-ibu ni manja
Biasala no 1 kita excited, penjagaan rapi

Bila masuk anak no 2,
Ibu lebih indipendent
Dan dah ada pengalaman masa melahirkan dan handle anak first
Bila ibu lebih independent dan masa tula anak dalam kandungan mengikut

Jadi sebab tu anak No 2 ada macam Safiyya ni
Tapi yang Safiyya serious sangat tu apahal?
Itu ibu tak paham nak

Shakil . . . Big Boy Already!




Shakil dah masuk 4 tahun

Sekejapnya dah besaq

Sekarang banyak benda dia nak cakap
Dulu masa kecik
Mana dia nak cakap

Semua risau
Tapi mak ayah dia buat tak tau...

Lagi-lagi bila dengan adiknya Safiyya

Semua apa yang adik buat salah di tegur

Abang is Very protective
Bila adik kena marah dengan ayah
Mula la dia ambil tempat
"Ayah don't adik nangis!"

Kalau adik nak kena kurung
"Ayah don't adik takut!"

In case ibu solat
They are playing small ball
Abang akan cakap
"Adik, don't play  ibu solat"

Semakin faham dan dia tahu apa yang boleh dan tak boleh

Bila mandi masing-masing tak nak mandi dulu
Bila ajak adik , adik suruh abang mandi
Bila ajak abang mandi, abang suruh adik mandi dulu

Bila ibu suggest ok swimming together!
Abang ok! nak



Sebenarnya ibu acah-acah je
Sekali abang nak jugak mandi dengan adik
"Ibu, nak adik swimming together"
"ibu please"
2 3 kali di ulang ayat yang sama

Sudahnya ibu penat nak melayan korang

Apa . . Persiapan Sebelum Bersalin di Hospital SALAM Shah Alam ni?

Kalau sebelum ni memang confius apa sebenarnya
nak bawa semasa bersalin

Kalau di hospital kerajaan berbeza dengan private

Sebelum ni masa bersalin safiyya bawa semua
Barang yang list dekat blog-blog bawa
Tapi tak banyak yang guna

Jadi bila dah pilih di bersalin di hospital
yang sama  tau dah apa yang perlu dan tak perlu nak bawa
Mau kalau bawak semua orang ingat kita
nak berkampung di Hospital

Bawa kain batik masa nak keluar
dari hospital
sebab masa kena tahan wad dia bagi uniform sendiri

Pampers baby boleh bawak
Kadang datang hadiah
Sebab semua company pampers bagi sampel free

Tuala wanita
Yang ni tak da free gift
Bawak sendiri


Baju tidur dan baju lengan pendek
untuk baby
Bawa dalam 3 helai / 4 helai cukup

Lepas bersalin je nurse akan minta baju
dan tuala  baby untuk dia mandikan
Bagi sekali bengkung
Tapi tuala tu ingat tak ingat kena bawak ke tak ya
Yang pasti bengkung,
Nanti lepas mandi dia bengkungkan bayi kemas-kemas

Sarung Tangan dan Stokin Baby
Yang ni bawak 1/2 pun cukup

Barang mandi ibu dan baju ibu

Itu jela
Memang palnning tak bawak banyak
Kalau ada yang tak da, suh husband tolong
ambikkan dekat rumah
Dekat je

hihi

NERVOUS ... INSYALLAH SEMUANYA OK!



Sebab terlalu nervous
Insyallah lagi beberapa hari lagi due date
perasaan dia bukan main lain macam
Takut ada, kalau boleh nak cepat ada

Ini pun baru packing barang. orang cakap minggu ke 30+
 dah kena standby beg dalam kereta
Tapi sebab takut sangat saja buat-buat lupa tak mau packing
Last minit baru pack
Ini la jadinya,
nak bergerak , bangun duduk terbatas

Jadi macam siput sedut
slow sangat bergerak

Ya Allah permudahkanlah, walaupun ini dah masuk yang ke-3 
tapi macam terngiang-ngiang lagi pengalaman bersalin shakil & safiyya

Lately entah kenapa bila scroll di facebook banyak pulak muncul pasal bersalin. 
Dia boleh detect ka kita ni tengah pregnant 😂

Tapi paling menyentuh hati
Bila baca satu ayat ni di facebook. Sakit bersalin itu adalah nikmat dari Allah s.w.t

La illahaillaanta subhanaka inni kuntu minazzolimin

Tips Bisnes: Sleeping Partner



Tips Bisnes: Sleeping Partner

Kami sendiri pernah lalui proses mengenai sleeping partner dan beberapa pilihan yang boleh kita buat sebagai pemilik asal bisnes tersebut.

Tips dibawah ini adalah berguna jika ia melibatkan syarikat Sdn Bhd. Enterprise bukan syarikat, ianya adalah perniagaan. Tiada istilah saham(share) dalam enterprise.

Pilihan 1:

berikan share(saham) dalam syarikat sdn bhd tersebut. Antara dicadangkan adalah 10-30% sahaja saham syarikat. sebagai pemegang saham(shareholder) , belum tentu beliau menjadi ahli lembaga pengarah/ Board Of Director(BOD) kepada syarikat tersebut.

Shareholder tiada kuasa dalam sebarang keputusan yang dibuat melibatkan syarikat. Hanya director yang punya kuasa. Shareholder hanya mempunyai kuasa menentukan siapa director. Sebab itu pentingnya kita memiliki lebih 51% saham syarikat,supaya kita punya kuasa untuk tentukan siapa ahli lembaga pengarah/Board Of Director( BOD) dalam syarikat.

Shareholder akan dapat dividen hujung tahun selepas akaun diaudit,dan jika syarikat belum buat keuntungan maka shareholder juga berhak tidak mendapat hasilnya lagi.

pilihan ini biasanya digunakan oleh pelabur yang mahukan pulangan jangka panjang melibatkan ( future value) yang tinggi. seperti microsoft membeli saham dalam facebook.

Pilihan 2:

Sebagai pemodal, sleeping partner ini tiada nama dalam syarikat dan bukan shareholder. sebagai pemodal, beliau hanya mahukan keuntungan daripada syarikat sahaja.

contohnya, Byond Wholesale Sdn Bhd membuat keuntungan bersih RM100,000 untuk tahun 2016 beliau mahukan 30% daripada keuntungan bersih setahun daripada syarikat.

Ianya wajib melibatkan surat perjanjian yang menyatakan 30% daripada keuntungan. Mengenai dokumen boleh belajar di program "My Documents".

Kita tidak boleh tetapkan jumlah keuntungan tetap kepada pelabur dan modal pelabur juga tidak akan dikembalikan kerana untung dan rugi ditanggung bersama.

Agihan dividen kepada pemodal adalah berdasarkan jumlah keuntungan,ianya dibenarkan syarak.

sekiranya rugi, ianya perlu di tanggung bersama pelabur dan pelaksana.

Konsepnya mudah, untung dan rugi di TANGGUNG bersama.

Tips:

1. Cari pelabur profesional,ciri-cirinya adalah mereka ada sumber kewangan lain dan tidak bergantung pada modal yang telah berikan kepada kita. mereka mahukan report kewangan kita at least 3bulan sekali.

pelabur amatur mahukan keuntungan serta merta dan mereka gunakan wang simpanan yang mana wang tersebut adalah wang kecemasan mereka.

2. Adalah HARAM menetapkan jumlah agihan tetap bagi modal yang dilaburkan.

contoh: RM100k yang dilaburkan, setiap bulan dapat RM1000 selama setahun.

Keuntungan yang TETAP adalah HARAM, dan saya sendiri pernah buat seperti ini. hasilnya perniagaan tersebut bungkus dan saya kerugian RM47k++ kerana tiada keberkatan dalam berbisnes.

3. pastikan pelabur bukan minda makan gaji yang mahukan keuntungan setiap bulan.<-- mohon jauhkan yang ini.

4. Sleeping partner adalah pilihan TERAKHIR terutama yang bisnes kurang daripada 3tahun, jika boleh elakkan supaya kita tidak menjadi hamba kepada duit orang lain.

Berniaga belum tentu untung, rugi boleh dikawal jika ada ilmu. Kita sebagai pemilik bukan ambil risiko( risk taker) tapi kita adalah pengurus risiko ( risk manager). Belajar ilmu urus risiko bisnes melalui ilmu pengurusan bisnes yang betul.

Waktu awal membangunkan Byond Success Sdn Bhd , den gunakan kereta iswara peninggalan arwah mak sebagai langkah menguruskan risiko. Motor baru berkecai,hancur selepas kemalangan kali ke-10.

Sumber : Beyond

6 Komponen Business


6 Komponen Bisnes Kita

Secara asasnya, bisnes terdiri daripada 6 komponen. 6 komponen inilah yang memastikan bisnes kita berjalan dengan sempurna. Bisnes kita sangat sukar bergerak, apatah lagi berkembang apabila 6 komponen ini tidak lengkap atau tempang.

6 komponen tersebut adalah:
Akaun (Kewangan)
Jualan dan Pemasaran (Sales)
Research & Development (RnD)
Human Resources (HR)
Distribution
Production

Setiap komponen tersebut adalah komponen-komponen besar yang memayungi pelbagai bahagian bisnes kita. Kita boleh lihat, banyak bahagian bisnes kita boleh dikumpulkan bawah salah satu 6 payung ini. Mungkin sahaja ada yang boleh diletak bawah 2 atau lebih payung.

Yang pasti, kita sebagai pemilik bisnes harus sedar 6 komponen ini, dan tahu pula jika bisnes kita ada masalah, kita harus fokus pada komponen yang bermasalah sahaja.

Contohnya, kita tahu keuntungan bulan ini merudum. Apabila kita kaji dan lihat angka-angka berkaitan (ya, kita harus ada akses pada pelbagai angka-angka ini!), kita dapati ada kelainan pada angka-angka dalam komponen Sales. Maka kita boleh zoom in pada komponen sales sahaja dan melihat dengan lebih terperinci apa perkara pelik berlaku di situ.

Setelah kita zoom, kita dapati sales person kita yang hanya dua orang itu ambil cuti serentak selama seminggu, kerana pergi memancing laut dalam bersama-sama. Sekarang kita sedar bahawa sales kita terlalu bergantung pada 2 orang ini, maka kita boleh ambil langkah yang sepatutnya untuk mengelak daripada perkara ini berlaku lagi.

(Ya, saya pasti ramai yang terfikir: “Kita buat SOP, jangan beri 2 sales person tersebut cuti serentak”. Ini tidak adil. Yang paling adil adalah: 1- Tambah sales person, 2- SOP “tidak boleh tiada sales person langsung masuk kerja”. Ia jauh lebih adil, dan berbaloi).

Apa akan berlaku jika kita tiada salah satu komponen bisnes tersebut?

Bisnes kita akan berjalan tempang. Tidak boleh berlari laju a.k.a ‘berkembang’.

Jika bisnes kita tiada komponen Akaun, kita tidak mungkin dapat buat keputusan bisnes dengan tepat.

Jika bisnes kita tiada komponen Sales, kita tidak mungkin buat jualan. Tiada jualan = tiada bisnes.

Jika bisnes kita tiada komponen RnD, kita tidak mungkin menguasai market kita. Tiada kuasa = slow death.

Jika bisnes kita tiada komponen HR, kita tidak mungkin dapat menguruskan tenaga manusia syarikat kita. Tenaga kerja tidak terurus = struktur bisnes yang goyah = tidak mungkin berkembang.

Jika bisnes kita tiada komponen distribution, customer kita tidak mungkin dapat produk/servis yang dibeli. Tidak dapat produk -> customer emosi -> bisnes merudum.

Jika bisnes kita tiada komponen production, tidak mungkin kita ada produk untuk dijual. Tiada produk = tiada jualan = tiada bisnes.

Ya, komponen-komponen bisnes tersebut boleh kita kumpulkan dalam komponen ‘survival’ dan juga komponen ‘grow’.

Sumber : Nota Business