Part 1 - Journey HanaRTW

Bismillah

bermulanya journey perjalanan Hana dalam menghasilkan koleksi HanaRTW
Sebenarnya HanaRTW ni di Hana buat khas untuk pelanggan HanaTajuddin
Yang banyak menyokong segala usaha dan
sentiasa memilih HanaTajuddin

Pertama sekali yang bermain-main di minda
Nak design macam mana?
Material macam mana?

Semuanya bermula semula proses
Dari A to Z kita kena planning

Design bagaimana?
Material yang macam mana?
Sampel?
Nak jumpa tailor?
Ha . . .  di sebalik tabir tu banyak juga proses yang kita kena lalu

Kalau baru nak mula
Proses-proses macam ni la
yang mungkin menduga dan cuba menguji anda

Macam apa yang berlaku dekat Hana
Ada satu cerita yang sangat la menguji dan menakutkan


Masa hari tu Hana pergi survey kain
Bawak 2 budak kecik ni
(Dorang ni mana boleh tinggal)

Kita tengah sibuk-sibuk cari kain
Si adik dengan abang sibuk la berlari
Kejar mengejar antara satu sama lain

Memang gelak ketawa dorang boleh dengar
so Hana dengan confident biarkan dorang main sama-sama



Tiba - tiba . . .
Si abang ni panggil "adik . .. , adik...."
Aik Hana pun pelik gila
mana adiknya tadi bising

Husband panggil tak sahut
Minta la staff tolong carikan

Staff pesan dekat semua yang lain
"Korang tengokkan pintu depan
Anak akak ni hilang..."

Masa tu memang tak tau nak cakap apa
Dalam hati memang berdoa jela kan


Time tu pulak Hana dah imagine macam-macam
Ter imagine pulak ada orang culik dia
tekup mulut dia
so, bila kami panggil dia senyap mungkin sebab
kena tutup mulut

Husband pusing-pusing dekat situ
Hana keluar dari kedai tu cari kat luar
Kot-kot dia main lepas sampai keluar
Tapi kalau ikutkan tak logik

Sebab dorang ni memang 24jam berkepit dengan mak ayahnya
Jadi kalau nak pergi merayau sendiri-sendiri tak berani

Bila Hana gerak depan sikit dari pintu keluar
Staff jerit

"Akak, akak dah jumpa ..."

Rupa-rupanya...
tau tak jumpa dia dekat mana


Bersambung Part 2 ~

Siapa nak Hana sambung lagi?
Comment di bawah: