Blouse Muslimah HanaTajuddin

Susah Nak dapatkan Blouse Muslimah Yang Labuh?

Dekat mana nak cari material yang tak melekap di badan?

Ada tak blouse muslimah yang mudahkan saya untuk ambil wudhuk? 

Saya ada anak kecik. Susah nak susukan bayi kalau pakai blouse muslimah yang tidak Nursing freindly!


Anda selalu mengalami masalah di atas?
Dah cari merata tempat tapi masih tak jumpa?

Jangan risau

Hai! Saya Hana dari HanaTajuddin. Masalah di atas sering juga saya alami
Bila ada anak kecik 2 orang
Kadang nak cari blouse muslimah yang sesuai memang susah.

Memang pentingkan keselesaan dari segi material
Dan saya mewajibkan blouse muslimah tu labuh menutup 
bahagian pinggul dan peha

Lagi satu kalau boleh design yang minimal dan tak sarat
Aha.. lagi satu design tu tak nak la nampak sedikit tua dari usia kan

Biasa design labuh-labuh ni mesti design yang di buat khusus untuk orang
yang berusia. Mungkin mereka ingat orang  muda macam kita tak mau pakai labuh kan

Oh no!

Sebab tu saya keluarkan pelbagai jenis blouse labuh
Insyallah dari segi material, jahitan , kualiti anda akan berpuas hati

Blouse muslimah ini kebanyakkan dari material Moss crepe

Kenapa Moss Crepe?
Aha... mesti ramai tanya moss crepe tu macam mana?
Material moss crepe ni 
Sebab 
1. Tak panas
2. Tak melekap di badan
3. Jatuh terletak
4. Sangat mudah dan minimal iron


3 IDEA MUDAH TAPI PENUH BERMAKNA UNTUK ANDA MENYAMBUT HARI IBU

Selamat hari ibu! Rasanya belum terlambat lagi Hana ingin ucapkan selamat Hari ibu

Kepada ibu Hana dan anda- anda semua yang bergelar ibu. 

Bergelar Ibu kepada 2 anak ! haaa . . rasakan melayan kerenah dorang. Masa ni Safiyya baru setahun lebih. Memang Hana bawa dia ke mana je bila buat kerja. Memang rasa  wua...wua.. 

Pengorbanan seorang ibu memang tidak terbalas dengan
Wang ringgit

Apa kata Sempena hari Ibu ini anda memberikan sedikit kegembiraan kepada ibu tersayang.
Lupakan sebentar kerja di pejabat dan aturkan kejutan khas buat ibu anda

Berikut adalah idea yang mudah tapi pasti memberikan
Kenangan penuh bermakna


Berkumpul bersama adaik-beradik dan Makan bersama
Aktiviti begini mesti mengubat rindu seorang ibu kepada anak-anak mereka
Malah pasti riuh rendah rumah dengan keletah cucu-cucu yang balik ke kampung
Tak pelu sediakan makanan yang susah dan mengambil masa untuk di sediakan.
Anda boleh ber “shell out” kerana lebih mudah dan ringkas! Jimat masa.



Jum lihat contoh resepi di sini : http://www.sajakongsi.com/jimat-ber-shell-out-di-rumah-sendiri/


2. Membuat kejutan

Pasti wanita sukakan kejutan! Macam kita juga kan! 
Jadi jika anda terlalu sibuk dan tidak dapat pulang ke kampung,
Tapi masih ingin menyambut hari ibu anda boleh mengupah 
perkhidmatan mereka yang buat "suprise delivery"

Lihat reaksi seorang wanita selepas menerima kejutan. 
Bayangkan ibu anda yang menerimanya! https://www.facebook.com/idaeracupcakes/videos/1132059520162912/


3. Memberikan Hadiah

Ha.. beri kan hadiah . sebab apa?

Daripada Salman bin 'Amir r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)


Antara hadiah yang anda boleh berikan selalunya mereka suka handbag, telekung, al-quran dan ada duit lebih sikit boleh tolong renovate kan rumah. Heee…

Kalau al-quran make sure beli yang huruf dia besar. Kalau kecik tak nampak. Mesti ibu anda akan bawa bersama untuk ke kelas

Kalau ibu anda selalu dengar ceramah, pergi kelas agama dan berjalan-jalan , ha.. Boleh la hadiahkan berpasang-pasang jubah dari hanatajuddin ni






Boleh klik di sini : http://hanatajuddin.com.my/product-category/jubah/tribal/
Selain potongan A-CUT dan longgar. Mesti dorang suka! Silap hari bulan

Hari-hari ibu anda pakai. Mesti kawannya tegur beli dekat mana?
“Tak beli. . . anak yang bagi” - dengan perasaan penuh gembira!

Mudahkan nak bahagiakan ibu kita!

Selamat Hari Ibu buat semua! Ingatlah setiap pengorbanan pasti ada ganjaran di sisinya
Muah!

Bagaimana Jubah A Cut Beri Efek Langsing Kepada Anda?

Jubah A Cut sentiasa menjadi pilihan Hana berbanding
potongan princess cut, Rama-Rama dan lain-lain.
Tak ikut potongan badan satu,
satu lagi sebab bahagian kembang bawah dia just nice tau
Jadi melangkah tu memang selesa dengan Jubah A Cut ni
Tak terlalu lebar, tak terlalu kecik
Kalau lebar mengembang . . . mau tak terpijak kain

Tau tak?

Part 2 - Journey HanaRTW - Rupa-Rupanya Masih di Dalam!



Sambungan daripada Part 1 ,



Bila staff teriak ...
"Akak, akak dah jumpa ..."

Sebab dorang tengok

Hana makin laju ke depan


Kenapa Hana cepat-cepat cari
Safiyya dekat luar

Pertama

Takut tiba-tiba dia sampai dekat eskalator
dan dia ada kat tepi tu main-main jatuh

" nauzubillahiminzalik - "moga dijauh oleh Allah dari perkara tersebut"

Kedua
Mana tau dia tengah mundar mandir
cari ibu dia kat luar


Ketiga sebab dah pusing dekat bahagian curtain!
Curtain kan tinggi - tinggi
Ya Allah harapan nak nampak si kecik tu memang

tipis sangat

Bila dengar je staff 2 3 kali jerit

"Akak, akak dah jumpa ..."
Memang bersyukur sangat-sangat


Rupa-rupanya...
Safiyya duduk dekat sebalik tiang


Dikeliling tiang tu ada fabrik-fabrik
Tak jauh pun dari tempat Hana
dengan husband dok belek kain

Hairan sebab bila Hana dengan husband jerit
panggil
2 4 kali
"Safiyya ..."
"Safiyya ..."
"Safiyya ..."

Tak menyahut langsug
Husband sampai masuk office kedai tu
cari Safiyya


Alhamdulillah ok bersyukur dan lega sagngat-sangat
maka bersambungla operasi
Hana membeli fabrik-fabrik untuk HanaRTW

Dalam belek-belek fabrik tu memang sepanjang masa 
setiap minit toleh tengok safiyya

Last-last minta tolong husband dukung dia
senang, sikit. Budak umur gini
macam tula gaya dia...
lasak
kita yang mak-mak ni risau tau!

Part 1 - Journey HanaRTW

Bismillah

bermulanya journey perjalanan Hana dalam menghasilkan koleksi HanaRTW
Sebenarnya HanaRTW ni di Hana buat khas untuk pelanggan HanaTajuddin
Yang banyak menyokong segala usaha dan
sentiasa memilih HanaTajuddin

Pertama sekali yang bermain-main di minda
Nak design macam mana?
Material macam mana?

Semuanya bermula semula proses
Dari A to Z kita kena planning

Design bagaimana?
Material yang macam mana?
Sampel?
Nak jumpa tailor?
Ha . . .  di sebalik tabir tu banyak juga proses yang kita kena lalu

Kalau baru nak mula
Proses-proses macam ni la
yang mungkin menduga dan cuba menguji anda

Macam apa yang berlaku dekat Hana
Ada satu cerita yang sangat la menguji dan menakutkan


Masa hari tu Hana pergi survey kain
Bawak 2 budak kecik ni
(Dorang ni mana boleh tinggal)

Kita tengah sibuk-sibuk cari kain
Si adik dengan abang sibuk la berlari
Kejar mengejar antara satu sama lain

Memang gelak ketawa dorang boleh dengar
so Hana dengan confident biarkan dorang main sama-sama



Tiba - tiba . . .
Si abang ni panggil "adik . .. , adik...."
Aik Hana pun pelik gila
mana adiknya tadi bising

Husband panggil tak sahut
Minta la staff tolong carikan

Staff pesan dekat semua yang lain
"Korang tengokkan pintu depan
Anak akak ni hilang..."

Masa tu memang tak tau nak cakap apa
Dalam hati memang berdoa jela kan


Time tu pulak Hana dah imagine macam-macam
Ter imagine pulak ada orang culik dia
tekup mulut dia
so, bila kami panggil dia senyap mungkin sebab
kena tutup mulut

Husband pusing-pusing dekat situ
Hana keluar dari kedai tu cari kat luar
Kot-kot dia main lepas sampai keluar
Tapi kalau ikutkan tak logik

Sebab dorang ni memang 24jam berkepit dengan mak ayahnya
Jadi kalau nak pergi merayau sendiri-sendiri tak berani

Bila Hana gerak depan sikit dari pintu keluar
Staff jerit

"Akak, akak dah jumpa ..."

Rupa-rupanya...
tau tak jumpa dia dekat mana


Bersambung Part 2 ~

Siapa nak Hana sambung lagi?
Comment di bawah: