Resepi Kari Daging Yang Simple dan Sedap

KARI DAGING YANG SIMPLE
800gm daging – potong nipis & kecil. Senang dan cepat nak empuk.
3 – 4 ulas bawang merah – dihiris halus
2 ulas bawang putih – dihiris halus
Halia – 1 inci – dihiris halus
1 batang kayu manis
1 biji cengkih
2 biji bunga lawang
3 sudu besar rempah kari – dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
1 kotak santan segera – terpulang pada citarasa kepekatan kuah kari uolss.
2 – 3 biji kentang – potong ikut selera nak belah berapa. Jangan besar sangat lak
Garam secukup rasa
Sedikit air – ikut citarasa nak kuah pekat & banyak mana
Daun kari beberapa helai

Cara penyediannya

1. Bersihkan daging dan hiris daging menjadi kepingan kecil dan nipis. Rebus daging tersebut sehingga empuk, rebus guna kuali magic pan Ikan, sangat cepat empuk dan menjimatkan masa. Dah empuk asingkan. Air rebusan daging jangan buang yea… Nanti nak masukkan dalam kuah kari tu semula.
2. Panaskan minyak  dan tumis kayu manis, bunga lawang, cengkih sampai naik bau dan kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris. Tumis sehingga layu dan naik bau.
3. Selepas itu, masukkan pes kari (serbuk kari yang dah dibancuh dengan sedikit air) bersama daun kari. Tumis hingga berbau wangi dan terbit pecah minyak.
4. Masukkan daging yang dah direbus tadi bersama air. Masak hingga mendidih. Kuantiti air terpulang pada citarasa masing-masing.  Biarkan mendidih sebentar. .
5. Masukkan kentang yang telah dipotong tadi, masak hingga kentang hampir empuk.
6. Kemudian masukkan santan. Kuantiti santan juga terpulang pada citarasa masing-masing.
7. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Tutup api dan sedia dihidangkan…
Resepi Kari Daging Simple Mudah Cepat DiMasak

Resepi : Rahsia Sambal Ikan Bilis Mudah Sangat Lazat dan Cepat - Hanya 4 Bahan


Resepi ni sangat simple tapi sedap tau! siapa yang tiada masa nak masak. nak curi-curi masa nak masak memang boleh sangat!

Bahan-Bahan
  • ikan bilis
  • bawang besar holland
  • cili kering
  • belacan (sebab tak da belacan hana ganti dengan kiub pati ayam)

dah! Terus kepada cara memasak
pertama - goreng ikan bilis

blend cili kering bersama bawang tadi

tumis terus guna minyak goreng ikan bilis tadi. selain senang , cepat. jimat juga masa

masukkan garam dan kiub tadi atau belacan kalau ada. tumis sampai naik minyak

masukkan ikan bilis

siap . Terus baca doa makan


Resepi Sambal Ikan Bilis Mudah Sangat Lazat dan Cepat Hanya 4 Bahan

Siapa dah cuba resepi ni? korang rasa ok tak?

Psttt : Siapa tak cuba rugi tau. Simple dan sedap sangat!

Resepi Ayam Masak Merah . Kesilapan Besar Menyebabkan Ia Tidak Menjadi

Hari ini memang semangat dah nak buat ayam masak merah.
Semangat dah keluarkan ayam,
sediakan bahan-bahan