Resepi Begedil Sangat Mudah dan Jimat Masa

Semangat Hana nak kongsikan resepi
dan teknik ringkas untuk
menghasilkan begedil sedap
sampai abang ipaq pun puji

Bahan yang di perlukan

Kunyit
Garam
Kentang
Ayam
Bawang goreng
Lada Hitam
Daun Sup

Telur dan
Minyak masak untuk menggoreng

Senang kan!

Ok pertama Hana akan kupas kentang
dan potong kecil seperti dalam gambar
Dah basuh kentang tu,
Letak kunyit dan garam
kemudian gaulkan rata

Kemudian potonga ayam
kecil- kecil

Panaskan minyak
Dan goreng kentang tersebut
sampai jadi macam ni

Terus goreng ayam pula
jimat masa


Resepi Begedil Sangat Mudah dan Dipuji Orang Serta Jimat Masa


Kemudian potong daun sup
Bawang, Hana tak perlu goreng
sebab guna had segera je
Rasa dia sama , sedap!


Ok kira semuanya dah ready
tinggal, nak lenyekkan kentang
dan gaulkan semua bahan

Garam tak perlu taruk dah sebab
kentang masa kita goreng tadi dah masin

Jadi kentang dah lenyek,
masukkan ayam yang dah goreng,
daun sup,
lada hitam, dan bawang goreng

Bulatkan dia guna tangan
lagi senang

Resepi Begedil Sangat Mudah dan Dipuji Orang Serta Jimat Masa

Kemudian pecahkan telur
untuk elakkan masa goreng begedil tu
pecah

Maka salut je dengan telur sebelum
menggoreng

Kemudia dah siap

Jemput makan
dengan bihun sup, letak cili sambal kicap
memang sedap!

Resepi Begedil Sangat Mudah dan Dipuji Orang Serta Jimat Masa