CIRI-CIRI PAKAIAN WANITA MENURUT ISLAM




1. Pakaian itu mestilah menutup aurat

Rasulullah saw bersabda :Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar

“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) .

Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)

5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi. 
Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.
“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ”
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki


Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki” (Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik

8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

SUMBER : http://terfaktabzine.blogspot.my

Selamat Hari Jadi Emak!



Selamat Hari Jadi Emak HanaTajuddin




Selamat Hari jadi mak📢

Terima kasih kerana selama ini membesarkan kami dalam susah dan senang




jasa dan pengorbanan mak tidak terbalas dan tidak terhitung


Mudah-mudahan Allah merahmati serta memberkati hidup mak dunia akhirat

Dulu, dalam kenagan bila mak ambik kami balik sekolah. nak uturn, mungkin sebab lebih muatan.kemudianterjatuh dengan moto honda c70 . kejadian ni paling ajaib berlaku 2x.

Antara lain masa kecik kerja panjat pokok emak pulak susah payah goreng rempeyek dan buat kerepek . Bila timing habis menggoreng baru turun dari pokok tolong mak bungkus kuih tu

Berapa lama tah , kemudian mak berhenti.Tak tau sebab apa. Mungkin anaknya habiskan kuih bijan banyak sangat. hahaha . tak balik modal agaknya
Love emak

Resepi Begedil Sangat Mudah dan Jimat Masa

Semangat Hana nak kongsikan resepi
dan teknik ringkas untuk
menghasilkan begedil sedap
sampai abang ipaq pun puji

Bahan yang di perlukan

Kunyit
Garam
Kentang
Ayam
Bawang goreng
Lada Hitam
Daun Sup

Telur dan
Minyak masak untuk menggoreng

Senang kan!

Ok pertama Hana akan kupas kentang
dan potong kecil seperti dalam gambar
Dah basuh kentang tu,
Letak kunyit dan garam
kemudian gaulkan rata

Kemudian potonga ayam
kecil- kecil

Panaskan minyak
Dan goreng kentang tersebut
sampai jadi macam ni

Terus goreng ayam pula
jimat masa


Resepi Begedil Sangat Mudah dan Dipuji Orang Serta Jimat Masa


Kemudian potong daun sup
Bawang, Hana tak perlu goreng
sebab guna had segera je
Rasa dia sama , sedap!


Ok kira semuanya dah ready
tinggal, nak lenyekkan kentang
dan gaulkan semua bahan

Garam tak perlu taruk dah sebab
kentang masa kita goreng tadi dah masin

Jadi kentang dah lenyek,
masukkan ayam yang dah goreng,
daun sup,
lada hitam, dan bawang goreng

Bulatkan dia guna tangan
lagi senang

Resepi Begedil Sangat Mudah dan Dipuji Orang Serta Jimat Masa

Kemudian pecahkan telur
untuk elakkan masa goreng begedil tu
pecah

Maka salut je dengan telur sebelum
menggoreng

Kemudia dah siap

Jemput makan
dengan bihun sup, letak cili sambal kicap
memang sedap!

Resepi Begedil Sangat Mudah dan Dipuji Orang Serta Jimat Masa




Akan Kerap Berada di Blog HanaTajuddin

Setelah beberapa lamanya tiada update,
Insyallah selepas ini Hana
nak aktif menggunakan medium blog

Ehem! Azam saya tahun 2017

Apa khabar anda semua?
Hana harap sentiasa di kurniakan kesihatan
Di samping lebih bersemangat untuk
sempena 2017

Jangan mudah putus asa
dan sentiasa bersungguh - sungguh
dalam melaksanakan sesuatu
perkara

Kekal fokus dan
Tindakkan


Jangan mudah putus asa
kejayaan bukan untuk orang yang
mudah mengalah
Kejayaan untuk mereka yang
berani serta kuat

"pesanan buat diri saya dan anda"

Harapan saya agar kita
semua berjaya di dunia
dan paling utama akhirat
Kerana akhirat itulah tujuan kita
ada di sini



"Gambar bersama emak yang tengah
betulkan tudung dia sebab ini

Picit di bawah

goo.gl/fXZtCm

Akhir kata,
Salam Tahun Baru 2017
Hanatajuddin - Kabiana