SWEATSHIRT BY HANATAJUDDIN







Mesti excited nak tau apa kelebihan-kelebihan Sweatshirt ni kan?? 
πŸ‘‰Material - Thick Cotton
πŸ‘‰Tampil manis dan bergaya di hujung minggu atau pun ke acara santai
πŸ‘‰ Labuh sopan menutup pinggul dan peha
πŸ‘‰ Material yang tak perlu iron
πŸ‘‰ Tidak panas dan serap peluh
πŸ‘‰ Kain tidak mudah kedut
πŸ‘‰ Sesuai untuk individu yang suka tampil simple dan manis
πŸ‘‰ Dijamin 100% selesa. Kalau nak tengok testimoni klik di sini
Sekarang dah mula terasa nak jugak bergaya dengan Sweatshirt? Apa lagi ni saya bagi 3 cara mudah nak dapatkan Sweatshirt anda...πŸ‘‡

Terus buat pembelian pantas di website link :http://hanatajuddin.com.my/product/sweatshirt-pink/









Mix & Match: Elana Palazo dan Brooch by Hanatajuddin

 Elana Palazo

 Elana Palazo


Hari ni saya bergaya dengan Elana Palazo.. 😊

Nak share sikit la kat sini, Elana palazo ni memang sesuai sangat kita pakai kalau nak bersiap cepat-cepat, maklum lah material dari jenis Cotton Linen yang senang sangat nak iron..

Ye la, masa tu kan emas hehe... 

Lagi best tu, anda boleh gayakan palazo ni dengan tshirt atau pun blouse sebab palazo ni sesuai jer untuk aktiviti formal, semi formal atau pun masa nak bersantai.. Macam Hana hari ni padan kan dengan top yg 'sweet dan simple'.

Materialnya pulak jenis yang jatuh terletak tau bila berjalan selain bentuk kaki kita jadi nampak seimbang jer... πŸ‘πŸ‘

Bergaya sekarang dengan Elana palazo, click kat link ni: Elana Palazo

Owh ni ada lagi 'good tips' nak share, bila pakai tudung bawal pastikan pakai brooch yang saya pakai dengan tudung bawal tu. Baru kemas jer bila pakai tudung dan nampak stylo! 

Dekat website memang takde jual brooch tu, tapi yang mana tinggal area Shah Alam boleh datang jer mini showroom Hanatajuddin di Shah Alam. 

Hana bagi alamatnya sekarang: C-23-01, Jalan Serai Wangi L/16L, Alam Avenue 2, Seksyen 16 
( Waktu operasi 8.30am hingga 5.30pm )

Waze: Hanatajuddin

Tapi kalau jauh tapi nak sangat2 brooch ni, boleh Whatsapp: 

019-2451446 ( Kak Yus ) 
019-3131481 ( Farah )

Okeyh, Hana stop dulu.. boleh sambung 'cuci mata' tengok #ootd saya hari ni 😎


 Elana Palazo

 Elana Palazo




Anda Sesuai Gayakan Pakaian Bewarna Monokromatik... Tapi apa itu warna Monokromatik?

Jika rakan anda tanya anda begini,

eh monokromatik tu warna apa ya?
macam ni... Ada orang bagitau saya,
saya sesuai pakai warna monokromatik
tapi saya tak sure la warna monokromatik tu apa...

Agak-agak apa yang anda akan jawab
untuk bantu menjawab persoalan rakan anda

tak perlu panik
mudah je ...

D A N

simple je ,

Jika kita pecahkan maksud warna monokromatik ini

Mono = Satu
Kromatik = warna

Jadi maksud warna monokromatik adalah satu warna.
Dalam fesyen warna monokromatik ni memang boleh kita cakap dari atas ke bawah pakai satu warna je. Contoh
kalau tudung biru, blouse kasut semua biru.

Tapi actually tak semestinya anda perlua memakai satu warna yang sama.
Anda boleh gayakan satu warna yang sama tapi tahap kecerahan berbeza

Contoh untuk gayakan warna Monokromatik anda boleh pilih contoh biru
Anda boleh memilih seperti dalam gambar
contoh kombinasi warna monokromatik

contoh kombinasi warna monokromatik



ok bercakap pula memgenai warna hitam dan putih.
Banyak dalam majalah atau website
tunjuk warna monokromatik tu hitam atau putih
Buatkan ramai confius.
Sebenarnya term paling tepat untuk pakaian yang digayakan warna hitam putih atau kelabu ni actually kita panggil akromatik


Jadi Apa beza akromatik dengan monokromatik?


Mudah


Warna akromatik terdiri daripada warna neutral iaitu hitam, kelabu dan putih
Kalau orang tu gayakan sekali tiga warna ni dalam pakaian still dipanggil akromatik


Untuk monokromatik pula bermaksud kita gunakan 1 warna tapi berbeza kecerahan. Kita gayakan pink pudar combine pink pekat combine pink cair



contoh kombinasi warna akromatik

contoh kombinasi warna akromatik

Mudah tak anda ingat. ingat tau warna ni sebab next post saya akan kongsikan siapa yang sesuai gayakan warna monokromatik ni. Bentuk badan yang mana yang sesuai untuk gayakan warna monokromatik ini

Teaser Tshirt Muslimah dari HanaTajuddin Bakal Di Lancarkan Tak Lama lagi









Hari ni Hana nak bawa anak-anak keluar makan. Walaupun budak-budak ingat dorang kena pergi sekolah . hahha...
.
inspirasi hari ni warna putih
Shawl Hana memang gayakan premium verve shawl dari Hanatajuddin .
So far banyak feedback yang Hana terima
Cakap shawl ni nampak muka panjang
Shawl ni material dia best tak terlalu licin
Tu pun dah buat Hana happy giler

Oh ya
Tshirt ni bakal dibkeluarkan tak lama lagi
Mesti ramai excited kan...

Insyallah Hana pun cupa secepat mungkin okeyh!
#hanaootd #htootd #tshirtmuslimah

Bagaimana Memilih Blouse Untuk Wanita Yang Rendah? Apa Tahap kelabuhan Blouse Yang Sesuai? Bahagian 1




Ketinggian berbeza membuatkan anda perlu
memilih blouse yang sesuai
dengan ketinggian anda


Kalau sebelum ni kita bincangkan bagaimana membuat kaki nampak lebih 
panjang dan anda nampak lebih tinggi
Kali ni kita bincang lebih spesifik
Bagaimana untuk wanita yang rendah?


Saya ni rendah orangnya apa tahap kelabuhan blouse yang sesuai dengan saya?

Ok jika ketinggian anda 155cm ke bawah,
Elakkan daripada memakai blouse yang terlalu labuh

Kenapa?

Apabila anda menyarungkan blouse labuh anda akan kelihatan lebih rendah
Ini di sebabkan kaki anda akan kelihatan lebih pendek (seperti yang kita bincangkan sebelum ni)


Maka pada tahap manakah labuh yang sesuai untuk blouse anda
dengan ketinggian 155cm ke bawah?

Pesanan daripada Puan Mary adalah

Caranya sangat mudah!  Tak sampai 5 minit dah selesai!

1.Berdiri tegak

2.Rapatkan kaki

3.Buka tapak tangan

4.rapatkan tangan ke badan.

5.Hujung jari hantu adalah paras paling labuh untuk blouse anda.

Jika mahu lebih 2 ke 3 inci, masih dibenarkan - labuh macam ni anda tak perlu risau sebab still cover pinggul.

Selalunya bila kita membeli blouse muslimah,
model yang akan kita gunakan adalah model yang sedikit tinggi. Jika mereka rendah pun
model akan gayakan dengan memakai heels beberapa inci tau

Saya tunjukkan blouse yang ada di HanaTajuddin yang bersesuaian dengan ketinggian anda



Lulu blouse dan Fairy Lace blouse daripada HanaTajuddin mempunyai kelabuhan hingga paras lutut . Namun jika anda kurang tinggi iaitu 155cm dan ke bawah , blouse ini membuatkan anda kelihatan lebih rendah

Dalam gambar model adalah berketinggian 160cm++ 
Serta menggayakan blouse ini bersama heels


Humaira  blouse dari HanaTajuddin adalah kelabuhan yang sangat sesuai untuk anda yang ketinggian 155cm kebawah. Walaupun pada model ianya kelihatan pendek ini adalah faktor model adalah tinggi 160cm keatas. Jika anda berketinggian 155cm ke bawah, blouse ini memang sesuai


Girlsdayout blouse dari HanaTajuddin adalah kelabuhan yang sangat sesuai untuk anda yang ketinggian 155cm kebawah. Walaupun pada model ianya kelihatan pendek ini adalah faktor model adalah tinggi 160cm keatas. Jika anda berketinggian 155cm ke bawah, blouse ini memang sesuai


Kelabuhan yang sepatutnya untuk mereka yang berketinggian 155cm ke bawah adalah bertanda hijau.

Oleh sebab itu, blouse nampak cantik dan kena pada tubuhnya yang tinggi lampai dan kakinya yang lebih panjang.


Untuk kita yang bukan berketinggian seperti model, marilah ikuti tip di atas.



Tips Bagaimana Buat Kaki Kelihatan Panjang dan Anda Nampak Tinggi



Anda pasti sedia maklum
Baju bahagian bawah kita adalah garis melintang dan
jahitan pada hujung baju juga adalah garis melintang


kelabuhan baju dan kedudukan garis melintang ini
boleh mengubah visual propotion bahagian bawah dan bahagian atas badan kita

Jadi mudah je bila anda nak dapatkan kaki
kelihatan lebih panjang
atau badan nampak lebih panjang


Anda boleh mencuba sendiri di rumah
Buka almari anda, sarungkan blouse yang labuh
paras lutut atau bawah lutut.
Kaki anda akan kelihatan lebih rendah tapi bahagian
atas badan anda akan kelihatan lebih panjang


Manakala jika anda ingin kelihatan kaki nampak panjang,
Sarungkan blouse yang sedikit pendek tapi still tutup pinggul la kan
Secara automatik, kaki anda akan kelihatan lebih panjang


Atau
Anda juga boleh mencuba dengan mengubah garis pinggang
Dengan cara Tuckin, kaki anda akan kelihatan
lebih panjang selain daripada anda mengubah kelabuhan baju


Jadi terpulang pada anda untuk Nak nampak kaki kelihatan
lebih panjang atau nak nampak badan anda lebih panjang

Ada 2 cara mudah.
Sama ada anda ubah kelabuhan blouse atau anda boleh tuck in
Dengan cara ini ianya mengubah kedudukan garis melintang pada badan anda


Untuk next post kita akan bincangkan
labuh yang bagaimana yang sesuai untuk mereka yang bertubuh badan rendah



Gayakan blouse labuh, kaki anda kelihatan sedikit rendah


Gayakan blouse sedikit pendek kaki anda kelihatan panjang

Kaki anda kelihatan panjang dan anda nampak tinggi apabila menggayakan blouse pada paras  pinggang





#Hanaootd #OOTD Tema Pink dan Peach





Banyak Barang Makeup Nak Bawa? Macam Mana nak Jimat Ruang?





assalamualaikum hari ini macam biasa Hana nak share dengan korang tips untuk kita jimatkan space . kan kalau macam kita travel atau bercuti dengan family mesti banyak barang nak bawa

Giveaway Hana Nak bagi 3 Blouse Terbaru dari HanaTajuddin secara PERCUMA!



Berita baik untuk semua!
Hana nak bagi blouse koleksi terbaru dari HanaTajuddin

#HanaOOTD #ootd : Suka Pakai berlayer Part 2 Fashion Denim


Ok untuk jacket denim ni kan
Hana suka gila sebab ada pocket
letak handphone senang

#HanaOOTD #OOTD Kimono , Fashion Inspiration Black & White


Hari ni terasa nak try kimono
Bila ada anak kecik yang masih bf nak pilih baju memang kita
automatic will a bit particular about choosing the cloth

#HanaOOTD #OOTD : Girlsdayout bersama Humaira Warna Pink dan Putih





Yeay! hari ni matchy dengan Humaira
Walaupun ibu pakai Pink belacan Humaira pakai pink
Tapi warna putih kita sama kan...

#HanaOOTD #OOTD : Warna Navy Blue dan Maroon


First of all Happy Deepavali untuk rakyat Malaysia yang menyambut Deepavali.
Bila Public Holiday ni maka Shakil dengan Safiyya cuti!

Alamak...

#OOTD #HanaOOTD Warna Mustard dan Purple

Walaupun hari weekend adalah hari untuk merehatkan diri bersama keluarga tercinta , tapi ada kerja perlu di selesaikan

Pagi masa bersiap, Shakil tanya... ibu, ibu keje? hahaha bila budak tanya macam innocent sangat kan ...

Tips Buat Anda Yang Kerap Travel - Jarum Pin Brooch Mudah Hilang?


Lately Hana banyak keluar. Dan bergerak ke sana sini
Jadual makin sibuk
Weekend ada je kami planning  nak bawak anak-anak p berjalan

Bila sibuk sikit dengan kerja
mesti kena curi masa untuk spend masa dengan dorang

#OOTD #HanaOOTD Warna Hitam , Pink dan Putih

Akhirnya...
Dapat juga update lagi
Tapi sebelum tu kan
Hana nak tanya semalam time kitorang drive ke KL,
Dalam perjalanan balik after tol sungai Besi
Betul-betul depan kitorang ada kereta ni mungkin mengantuk terhimpit drive kereta ke devider

Alhamdulilah mujur dia sempat masuk balik laluan jalan

Mujur tepi tu bukan macam longkang besar tau

#OOTD #hanaOOTD Color Block Purple dan Emerald Green

Suka warna emerald green untuk blouse ni! Material dia memang cantik. Tapi material ni buat cepat berpeluh pulak. Sayang sangat. Tapi serious! cantik!

Mix and match shawl . Shawl ni masih lagi dalam peringkat experiment material dia.
Try pakai dulu. Kalau ok best meletop, mantop memang akan get ready on website http://hanatajuddin.com.my 

Top warna hijau dan purple ,
mix and match pants warna hitam

Kalau boleh memang tak perlu lebih dari 3 warna!


Bell sleeve ni memang terlibas muka Humaira! haha



Shawl ni tengah diuji tahap keselesaan material serta keboleh upayaan membentuk dengan jayanya . hiks!


Pengalaman Bercuti di St Giles The Gardens - Grand Hotel & Residences Kuala Lumpur

Since sebelum terlupa nak share dengan semua mengenai pengalaman bercuti di St Giles The Gardens - Grand Hotel & Residences Kuala Lumpur, Hana update siap-siap

Lately Hana dengan husband pilih hotel yang bawah dia shopping mall.
Kalau dulu lebih prefer tepi pantai ke
Sekarang agak berubah angin, mungkin atas faktor anak dah 3? (huhuhu...)

Kitorang pilih Hotel yang berdekatan Mid Valley Shopping Mall. Supaya nak makan senang. Nak shopping pun senang :)(i like it!)

Betul ke senang? Cop itu Hana cerita lepas ni

Ok pertama Hana dan husband pilih Residences
Kitorang tak pilih Hotel. Sebab bila tengok Residences dah pun memadai dengan keperluan Hana and family

Sebenarnya dekat the garden dia pecah kepada 2. Ada 2 building. One side adalah hotel dan one side adalah residences. Tempat parking adalah sama. Di bahagian bawah. Korang akan rasa sedikit pening nak cari parking. Tapi jangan malu bertanya orang yang ada dekat situ. Kitorang ni namanya duduk dekat dengan kawasan macam ni. tapi nak cari parking pun terkial-kial.

Dorang cakap... kalau nak parking dekat dengan hotel / residences parking dekat tiang warna purple. Sebabnya dekat situ adalah parking untuk the gardens dan hotel / residences tu terletak di The Gardens

Bila dah jumpa parking kitorang naik lift dan bertanya ke kaunter information nak tau kat mana hotel. Sebab agak confusing. Rupanya kena keluar dulu kemudian kalau ke kanan adalah hotel ke kiri baru residences. Kitorang tersalah belok. Pergi belah kanan. Dan receptionist inform if residence is the other side. Maka berjalan la lagi. . .

 Bila dah sampai bilik semua ok. Toilet best. Semuanya ok. Perfect!

Cuma kekurangan dia

1. Nak berjalan ke Shopping Mall adalah sangat jauh. Kalau ada anak kecik sangat tidak digalakkan. Sebab akan berakhir dengan penat dukung anak.  Melainkan kalau korang nak exercise

2. Nak cari parking yang tak penuh agak susah. memandangkan semua parking bercampur. Nak ke mall adalah sama dengan parking nak ke hotel . Tapi kalau ada driver ok . Sebab tak perlu parking dan driver tolong drop off betul-betul depan receptionist


3. Kalau korang pilih hotel just untuk relax, chill dan nak view bangunan sekeliling. Just nak stay dalam bilik ... ok memang sesuai. Tapi kalau nak pergi sebab macam Hana , dekat dengan shopping mall agak kurang sesuai. Korang tau la pack gila Mid Valley. lagi-lagi on weekend. Unsurprisingly  harga hotel dia  a bit lower during weekend compared to weekdays. Senang cerita tak rasa tenang sangat sebab weekend crowded . huhuhu ...

4. Tapi kalau korang pergi sini on weekdays rasanya insyallah berbaloi sebab tenang.

5. Ha.. lagi satu tak best sebab korang kena usung beg dalam shopping mall. Haha kalau dah bawak beg anak-anak sekali rasa macam nak pindah tu... mesti rasa macam kurang best la kan. dari parking kena melalui shopping mall untuk ke receptionist, Fuhh!!!

Apa pun Alhamdulillah semuanya ok, semuanya selamat dan dapat juga bawak Shakil dengan Safiyya spend time dengan kitorang. Nanti kita try bercuti tempat lain pulak!

#HanaOOTD #OOTD : Inspirasi Warna Kelabu dan Hitam Daripada Plural My dan HanaRTW

Yeay! Tak sangka akhirnya dapat juga sarung baju plural ni!
Material Baldu!
For sure mahal kan
Selalu orang ingat panas, rimas gatal ...semua la!
Tapi korang tau tak Baju ni dorang dapatkan fabrik dari Thailand untuk hasilkan
VELVET SWEATHEART dengan material mantap tapi harga yang insyallah masih affordable

Kalau korang tak percaya boleh survey
Di kedai yang menjual fabrik
Harga dia?
Hurmm... jangan terperanjat DALAM RM80++ per meter

Jadi bila nak jual tu dah jadi berapa kan?
Memang gigih owner plural ni mencari sampai ke Thailand
semata-mata nak dapatkan material yang sangat berkualiti
Tapi harga masih dalam range harga yang berpatutan

Bila sarung je,
sure korang akan rasa lembut, sejuk dan pegang je fabrik had belah dalam
korang akan ter 'imagine' selessanya!

Sebab apa Hana confident je cakap macam tu?
Sebab Hana dah try satu heehhe
Hana ada VELVET SWEARTHEART Warna Grey
Untuk gaya lebih sopan, Hana mix and match bersama
skirt maxi daripada HanaRTW

Tudung Hana combine dengan warna Hitam
supaya lagi menyerlah gitu

#HanaOOTD #OOTD :  Inspirasi Warna Kelabu dan Hitam Daripada Plural My dan HanaRTW

Tengok la tu shining material dia memang nampak mewah kan!


#HanaOOTD #OOTD :  Inspirasi Warna Kelabu dan Hitam Daripada Plural My dan HanaRTW

Nak tampil lebih sopan dan ayu boleh gayakan bersama maxi skirt ni seriously memang match sangat


Bahagian tangan tu ada cuff lagi. Memang smart kan!

Jadi bagi anda yang berminat dengan Top dari plural ni boleh dapatkaan maklumat lebih lanjut di Instagram Plural.my di sini 






Bila Shakil Mula complaint ... Not Fake Eyelesh!

Ha.. ha..

Bila scroll gambar Shakil tengok banyak gambar Safiyya
"Ibu where shakil's picture?"
"ibu where shakil's picture?"

Bila scroll lagi still gambar Safiyya
"No!thats not Shakil, itu adik"

alahai . memang tak nak bagi dia terasa pulak kan. Risau juga kalau dia pikir ibu tak sayang dia pula...

Lepas waktu maghrib sungguh-sungguh la ambil gambar dia
Sebenarnya bukan tak nak ambik. Dia suka buat gaya tah pape. Bila kita nak ambik gambar dia automatic dia buat gaya ultraman la.. gaya yang tah pape
lidah terkeluar, mata ke atas, mata terbeliak
Itu jela gaya dia

Tapi masa maghrib tu dapat idea
Sebab dia pejam mata kelakar gila

Tergelak-gelak bila tunjuk dekat dia
Shakil tengok ni
hA!! ha..!

Shakil look!
hahahaa


memang terkekek gelak
tengok ekpressi dengan mata dia tu

Tengokla gelagat dia

"Ibu will miss this moment baby boy!"
ibu suruh senyum, pejam mata lama-lama

dia dah bosan sebab lama sangat ibu ambik gambar. Hhaha, memang la sapa suruh gerak sana sini

No fake eyelash for today!hiks