TIPS ELAK BAJU NAMPAK MACAM UNIFORM Walaupun Tema Warna Seragam

Hi hi hi idea ni kak Hana dapat sebab pernah masa tu keluar rumah. Nak p Tabung Haji tak silap.
Pakai baju atau blouse warna mint, palazzo  pun warna mint. Lepas tu tudung warna putih.
Masalahnya blouse tu memang tak da corak.

Bila keluar dari bank tu. Macam diri sendiri malu gila . . . teruih masuk keta. . Cakap dengan husbnad "Eh i rasa hari ni macam pakai unifrom"
" Uniform macam dekat PPUM" Orang-orang PPUIM jangan marah na, Sebab kak Hana pernah bersalin dekat sana. Terus terimbas warna-warna gitu.

Ok kalau korang rasa hari tu nak pakai jugak warna senada .Rasa macam urghhh nak pakai gak satu warna tapi tak mau nampak macam pakai uniform

Tips kak Hana.( Ini hasil try and error) Idea-idea yang lain boleh di buahkan dan di rungkaikan bersama.

TIPS PERTAMA:
Pakai warna senada dari tudung , blouse dan skirt /palazzo terus warna sekata. Kalau tudung pilih yang corak tapi warna still sama dengan blouse pun nampak cun sangat.

TIPS KE DUA
Elakkan daripada pakai warna-warna yang hampir sama dengan identiti sebuah syarikat. Contoh kalau ada klinik tu nurse pakai baju macam biru terang tu. kalau boleh elakkan. Nanti orang ingat kita satu geng pulak

TIPS KE TIGA
Pilih warna kasut dan handbag sama. Tapi warna handbag dengan kasut tu jangan la sama jugak macam warna (blouse , palazzo dan tudung). Ambik warna yang berbeza. Menyerlah gitew.







Ujian Warna #HTOOTD HanaTajuddin - Tone Kulit - Muka Tak Nampak gelap pun!

Selamat Pagi! semua dah bangun ke.
Ok kan semalam kak Hana dah share mengenai tone warna kulit kita dan baju warna apa yang sesuai dengan kita kan.

So, di sebabkan kak Hana tengok urat warna biru, maka di bawah tone sejuk,

Tone sejuk sesuai dengan warna-warna sejuk
seperti yang belah kiri.


Warna dia 
PUPRLE
BIRU
HIJAU 

Kulit kak Hana nak kata putih memang tak la. Jadi bila pilih baju memang pening. Dulu masa tak tau pakai warna peach . Peach memang tak sesuai. Pakai masa bertunang pulak tu. Muka jadi gelap. Pudar jurrr. Tak menyerlah pun. Peach ni sesuai untuk ton panas. 

Kalau ada gambar bertunang dulu, boleh la selit. Huk huk. Tapi kena cari la nanti.

Sekarang bila dah tau memang tak la kak Hana nak beli warna-warna untuk ton panas. Tapi Kak Hana ada satu baju insyallah hari ini nak ekperimen.

#HTOOTD semalam berjaya! sebab pakai warna hijau yang sejuk ja

Muka tak nampak gelap pun




Oh ya , semalam ada tanya kak hana dekat FB dan IG baju ni dari mana? Baju ni daripada Keesae



MACAM MANA NAK TAHU WARNA BAJU YANG SESUAI DENGAN SAYA?

Selamat pagi!

Siapa yang belum lagi kenalpasti warna urat masing-masing ikut langkah sebelum ni yang kami share.

Klik di sini > LANGKAH UNTUK MENGETAHUI WARNA TONE KULIT






Ok bila dah semak jum kita tengok




SEJUK - (Biru atau Ungu)

Kalau urat awak banyak warna biru atau ungu. Maka ingat dalam kepala. Awak dibawah tone sejuk




SEMULAJADI - (Biru atau Hijau sama banyak)

Ha.. kalau tengok eh macam lebih kurang sama je. Biru atau ungu sama banyak dengan hijau. Maka awak di bawah semulajadi




PANAS - (Hijau lagi banyak)

Kalau warna hijau lagi jelas kelihatan maka awak dibawah tone panas.




Ha... sapa kata warna kulit tak da kaitan dengan sapa-sapa yang berkulit gelap. Contoh macam wanita India atau Afrika. Jangan ingat semua sama tau! Masing-masing ada beza dia. Setiap mereka ada ton masing - masing. Contoh Beyonce (Ton panas) dan Oprah Winfrey (Ton Sejuk) . Walaupun dorang ni kulit gelap, tapi masing-masing ada tone masing -masing


Ok jum semak warna terbaik untuk awak yang sejuk, panas atau semulajadi. Make sure perhatikan betul betul. Ada magenta , maroon , merah semua tu tone dia kan berbeza beza. Kalau dekat kedai tone baju kan berbeza-beza. Kalau dia letak biru macam -macam biru ada . Jadi dekat bawah ni boleh jadi rujukan

Kalau nak senang.

LANGKAH 1
Kalau awak tone sejuk save gambar di bawah. Ambil yang sejuk je.kemudian Crop.


LANGKAH 2
Pergi ke kedai sebelum beli . Tengok warna-warna ni.

LANGKAH 3
Rapatkan sahaja phone dengan baju yang awak suka tu. Kalau warna tak nampak sangat.


Kemudia ambillah baju kegemaran awak tu! Baju tu pulak mestila memenuhi bentuk tubuh awak kan.


Ok lepas ini kita lihat pulak warna yang boleh buat kita nampak kurus dan nampak besaq

WARNA BAJU APA YANG SESUAI UNTUK KULIT SAYA NI?


Ok kak hana harap  semua dah pass bab kenal jenis tubuh badan ni
Step ke - 2 adalah kita kenal warna yang sesuai dengan kulit kita.
Warna apa yang sesuai kalau kulit macam ni?
Nak tahu sesuai had macam mana kena jawab soalan ni dulu


LANGKAH 1
Terbalikkan tangan

LANGKAH 2
Tengok urat tangan warna apa

SOALAN KAK HANA. . .
Lagi banyak warna biru ke atau banyak lagi warna hijau urat tu.
Jawab dekat bawah.

Dah jawab baru kak Hana share warna apa yang sesuai
Kalau tak jawab maka tak da la jawapan untuk warna baju yang sesuai

Ini yang palong sempoi kak Hana cari cara untuk kenal warna baju yang sesuai dengan kita


AWAS! Jangan Salah Faham Dalam Menentukan Bentuk Tubuh Badan AWAK




Ok kan sebelum ni kak Hana ada tunjukkan cara untuk menetukan bentuk tubuh badan sebelum memilih pakaian. Takut tersalah nanti. Dah tak pakai baju tu. Kan membazir

Ok Cara mengenali bentul jangan tersalah
Risau pulak kak Hana sebab ada yang kurang faham
Nanti tersalah pilih baju pulak.

Ok dengar baik-baik
Ala simple angat.. budak-budak tadika cakap

Segala bentuk ini di ambil kira menggunakan tiga anggota sahaja.
PERTAMA:
Bahu atau Dada - Boleh gunakan salah satu.

KEDUA
Pinggang

KETIGA
Punggung

JANGAN TERSALAH kalau tengok peha ka, kaki ka. Had tu tak termasuk pun. Ingat tiga bahagian sahaja tau



Pening nak tentukan Bahu ke Dada?
Kalau Bahu yang besar. Kita boleh jadikan bahu sebagai point rujukan. Kalau Dada yang besar kita boleh jadikan dada sebagai point rujukan. Kira macam pilih salah satu je.
Jadi kalau contoh awak memiliki dada yang besar awak bertubuh Segitiga Terbalik. Kalau Bahu besar tapi dada kecil . Awak still juga dalam group segitiga terbalik.

Ok tak ke ada siapa-siapa yang tak faham sebelum kita pergi kepada jenis baju yang sesuai untuk tubuh masing -masing. Kalau ada yang nak tanya comment dekat bawah ni ya:

Takut Tersalah Beli Pakaian? Kenal Bentuk Tubuh Badan Awak Dulu


Semalam kami ada survey melalui instagram dan facebook. Kak Hana nak tahu jugak rata-rata sebelum beli baju semak atau tak jenis tubuh badan. Lihat antara jawapan dan feedback pelanggan kami di instagram dan facebook.

Bila tak kenal jenis tubuh badan ni boleh jadi masalah untuk dapatkan baju yang sesuai.

Kalau tersalah pilih ada yang cakap


"Apsal ko pakai cantik, aku pakai nampak gemuk?"


"Macam mana nak sembunyikan bahagian dada aku besar?"



Paling risau kalau ada yang macam putus asa nak cari baju sesuai sebab masalah badan.


Bila ada yang kata


"Ala, dia kurus boleh ... pakai apa pun cantik, kalau berisi tak cantik pun"


Tapi badan berisi tak bermakna pakai apa-apa pun TETAP tak cantik sebab badan comel.


Banyak jur artis dalam negara mahupun artis barat ka pelakon ka atau kawan -kawan sekeliling kita yang berisi tapi pakaian depa still cantik, on point dan kemas ja.


Banyak trick - atau teknik yang boleh apply.


Janji korang master bab kenal jenis tubuh badan kemudian senang la nanti nak cari baju yang sesuai!


Maintain nampak cantik. Yakin diri! hah!



Oh ya lepas kenal jenis bentuk badan kemudian kita tengok pula jenis kulit warna supaya ampa tak tersalah pilih warna baju dengan kulit ampa.
KENAL-BENTUK-BADAN
segititga

Kan kalau kita tengok bentuk segitiga tu. . . Bahagian bawah besar. Simbolik kepada kita yang ada pinggul besar. So nanti cari baju kena balance kan bahagian atas. supaya seimbang atas bawah.
Kenali Bentuk Tubuh anda oleh HanaTajuddin

Kan kalau kita tengok bentuk segitiga terbalik tu pulak . Bahagian atas besar. Simbolik kepada kita yang ada dada ATAU bahu besar. Kita boleh pilih nak tengok bahagian bahu ke dada. Dua-dua boleh pakai. So nanti cari baju kena balance kan bahagian bawah. supaya seimbang atas bawah.
jampasir
Jam pasir ni kan simbolik kepada tubuh badan yang memang ada bentuk Oang kata badan solid la. Tapi sebagai muslimah jangan pakai ketat nak menampakkan bentuk badan awak yang solid githcheww. Bentuk badan macam jam pasir ni , bahagian dada ATAU bahu dia lebih kurang sama besar atau sama lebar dengan pinggul. Lepas tu pinggang dia ada bentuk

segiempat
Segi empat ni pulak kalau bahagian dada , pinggang , pinggul awak sama besar. semua lebih kurang je. Tu kita panggil segiempat . Sebab tak ada bentuk. Tiada bentuk pinggang. Kalau tengok gambar dekat atas, pinggang, pinggul dengan bahu/dada dia sama je.

SOALAN KAMI

A W A K       T U B U H        B A D A N        Y A N G        M A N A?



Bila dah tahu simpan dalam kepala tau. Sebab nanti kita akan guna pakai untuk : pemilihan baju dan corak. Kalau malas. Tulis dekat handphone. Senang nanti nak shopping boleh tengok badan yang sesuai dengan baju had macam mana.


Kemudian next kita akan tengok pula warna yang sesuai dengan jenis kulit kita.