DALAM DILEMA - NAK BUANG KE SIMPAN?




Baju yang dah berlubang atau terbuka jahitan
DALAM DILEMA - NAK BUANG KE SIMPAN?
Kita perasan sebenarnya baju tu koyak sikit je. Sayang sangat! Size padan, design ngam , pakai pun nampak cantik.

BUKAN BAJU BUAT KITA CAP CUS BERSIAP | APA YANG PERLU KITA BUAT UNTUK KURANGKAN MASA BERSIAP KE KERJA?



Setiap Pagi sebelum ke tempat kerja kita terpaksa ambila masa lama untuk
Fikir dan cari
“Apa aku nak pakai hari ni?”


Tapi mungkin bagi sesetengah suri rumah mungkin ini bukan isu besar

SENJATA DAN PAKAIAN | APA KAITANNYA?

Senjata Rahsia | HanaTajuddin

Cuba fikirkan yang almari anda itu sebagai senjata rahsia

Bila bertempur semua orang keluarkan senjata rahsia masing - masing.

Mada ada yang buta -buta guna tangan atau kaki je untuk berperang.

#HTOOTD : Dolly Blouse - Dark Choc Mix And Match Relax Pants

Intoduction pada bahagian Dolly Blouse - kelebaran bawah dia adalah lebih lebar dari biasa





Makanan Sedap Dekat Shah Alam | Awas! Nasi Kerabu Memang Tiada Dalam List

Hari minggu! Yeay
Pagi-pagi bangun bukan lagi fikir nak mengadap meja. Tapi cari breakfast!

Cuma dah lewat kak Hana decide kita makan tengah hari terus.

Jadi makan la dekat Kueh Shah Alam. Ini adalah kedai makanan sedap dekat Shah Alam.

Kedai apa tu? Ha. . . Kueh dekat Shah Alam ni antara favourite kak Hana. 

Pertama sebab unik dia . . . dia je jual Kuih dalam shop lot yang ada aircond. 
Kedua selain makanan traditional ada aiir Coklat. 

Memang USP dia mantop!



Ok Paling kalau anda sampai di sana nanti jangan lupa order Nasi kerabu. Sedap! 

Paling best : Ayam goreng dan semua nampak fresh!

Paling kurang Best : Budu dia masuk atau campur dalam nasi. Tapi nak buat macam mana? Telan je - Cuba ampa request tak mau budu

Tapi jangan tak tau. Nasi kerabu ni tak ada dalam menu tau! Korang masa buat order , tanya "bang, nasi kerabu ada tak? Maka abang tu akan bertanya kan pada tukang masak dulu.

Ada rezeki ampa semua. . . maka adalah!


Husband makan soto ayam tak silap kak Hana. Kak Hana pun tak pernah rasa. Dia kata kena letak sambal cili baru rasa pedas

Jadi anda semua boleh la mencuba dekat sana!



Ini adalah lokasi dimana terletaknya Kueh Makanan sedap di Shah Alam tu. Make sure simpan dalam phone . Takut sesat pula nanti




#HTOOTD Selalu Terkejar - kejar? Nak Berisap pun Tak sempat? SARA Cotton Palazzo





Hari ni semangat nak OOTD
Dah lama tak OOTD

Kak Hana excited gila
Sebab pagi tadi dapat feedback customer
Dia beli semua baju kak Hana. Antara paling dia suka,
Ada dia Highlight Dolly blouse.
Aish tak bolej jadi terus kak Hana cepat-cepat nak siap

Tapi yang masalahnya kan
Baru kak Hana teringat
Hari ni hari jumaat . Kena cepat ni. Tengok jam, aduh dah sampai pukul berapa
Tapi ligan juga la. Sebab apa? Sebab husband nak sembahyang jumaat.

Tiba-tiba.. blank. Tau dah nak pakai dolly
Seluar nak pakai apa ni? dok iron kang lagi lewat
Jam dah pukul 9 lebih.
Wuaa. . . terus kak Hana ambil cotton palazzo tu
sarungkan dengan dolly
Tapi sebenarnya bukan masuk pun. Yela doly dah kembang. Tapi palazzo kembang lagi

Pikir juga. Tapi tak pa. sebab nak cepat punya pasal, kak hana mix and match ja
Kebetulan hari ni dah start release palazzo cotton

Jadi pakai juga. Selesa pun selesa. Kain cotton kan.
Bila berjalan beralun gitew. Tak melekap la

Anak - anak kak hana buka reti dukdiam
Bila kejar dorang
Memamang nampak la dia tak melekap
Ikut beralun

Material dia kalau tengok dari dekat macam ni

Cuba tengok Pic bawah ni. Ini la masa kak Hana first pakai. Ramai suka
So, Kak Hana ambil keputusan untuk jual. Mesti korang rasa happy bila pakai nanti!

Cuba tengok flow dia tu . berdiri gitu dah beralun kan!



Kadang kalau kita nak cepat mesti dalam kepala nak yang tak yah iron kan
Contoh kalau baju ada la material tshirt
Kalau palazzo banyak yang kena iron

Gambar di bawah adalah model gayakan SARA Cotton Palazzo




Jadi Kalau anda suka juga . Maklumat lanjut  dan pembelian boleh Klik di bawah :





Premium Produk Borong HanaTajuddin Akan di Tamatkan? Bila?



Assalammualikum , Untuk makluman semua produk - produk premium seperti:

  • Blouse Muslimah Petalie (Dulunya di kenali sebagai Kelopak)
  • Dolly Blouse
Ini adalah produk premium yang kak Hana dan team hasilkan. 
Material - kami cari sendiri
Jahitan - di hantar ke jahit pukal tempatan

kualiti fabrik dan jahitan memang sangat berbeza dengan produk bukan premium

Untuk permulaan Kak Hana memang dah planning nak jual premium. Kak hana target untuk pelanggan tertentu Yang tak kisah untuk berbelanja  dan sukakan kualiti.
Tetapi atas permintaan , ramai nak borong. Jadi memang tiada masalah kak Hana untuk cuba.

Setelah beberapa percubaan,
Dan masa hari Rabu baru ni ada meeting dengan team (ehehe setiap minggu kami ada meeting)
Ternyata memang yang beli produk- produk premium dari kak Hana ni adalah bukannya borong.
Masing-masing beli sehelai
.
Kiranya target kak hana
Produk premium - untuk mampu beli berbaloi dengan kualiti
Produk Bukan premium - untuk yang bukan mampu tengok, tapi mampu beli

Jadi untuk mengekalkan produk premium ini, dan menjaga hak-hak mereka yang sukakan premium.
Maka kak Hana sedang merancang  untuk mereka yang sukakan premium ini macam something la. Tapi belum dapa bagitau apa lagi. Sat g pom pang tapi benda belum jadi tak best la.. Tunggu . Tapi tu la Kak hana boleh bagitau buat masa sekarang.  akan tutup untuk belian borong.

Bila? Akan di maklumkan

Jangan whatsapp team kak Hana. Salam sis bila last boleh borong ?

ATAU 

Sis? Produk borong lepas ni tak boleh borong ke?
Produk yang bukan premium boleh borong seperti biasa
Yang 2 yang kak hana listkan kak atas je yang akan di tamatkan harga borong.

Kalau dekat website ada kak hana tulis premium. Maka itulah produk premium. Kalau tak ada perkataan premium - maka itu bukan produk premium. Tak perlu risau.


Maklumbalas boleh comment di bawah. Kak Hana lihat satu persatu dan analyse

JANGAN PAKAI SKIRT KALAU TAK SESUAI | HANATAJUDDIN



Skirt ada banyak jenis
kita akan huraikan nanti untuk cik/cik puan
(2 KESILAPAN UNTUK BERBADAN BUAH PEAR ADA DALAM GAMBAR)
.
Skirt chiffon
Maxi Skirt
Skirt Kembang .
ini antara nama yang selalu di guna pakai untuk memudahkan pelanggan faham apa yang ingin di jual
.
Tahukah anda?
Skirt begini paling tak sesuai di pakai untuk Badan yang bentuk buah pear
.
buah pear tu bahagian pinggul dan kebawah dia besar
.
Apabila cik/cik puan yang berbentuk buah pear pakai skirt kembang macam ni
.
habis, saya takut nanti nampak lagi besar
.
lagi satu jangan pakai bahagian bawah cerah.
pakai had warna gelap. perasan atau tak mata lebih tertumpu dekat bahagian bawah. Untuj badan pear . nak alihkan mata dari pandang bawah, boleh pakai hitam atau warna gelap. kalau dalam almari make sure semua warna gelap
.
nampak tak bahagian bawah tu nampak besar sikit
.
Jadi anda Perasan atau tak 2 KESILAPAN DALAM GAMBAR INI jika anda berbadan buah Pear

Kenali Rangka Anda Supaya Mudah Pilih Pakaian




Apa yang paling penting untu membeli pakaian
Cik/cik puan perlu kenal dahulu bentuk badan, bahagian mana yang ingin di sorok dan rangka badan.


Sebelum kita pergi bahagian lain,
kita lihat dahulu rangka badan kita.
Dah kenal ingat. Mudah untuk kita pergi bab seterusnya
.


.
Mudah sahaja
Guna sahaja pergelangan tangan
.
Temukan ibu jari dengan jari telunjuk
.
JIKA
.
(A) Ibu jari dan jari telunjuk bertindih
Cik/ Cik Puan berangka kecil
Yang berangka kecil paling cepat atau mudah berat nak naik.
Kalau rangka kecil dan tidak tinggi agak kritikal untuk menjaga pemakanan dan exercise
Sebab jika tak jaga, maka cepat nampak berisi. Nak pilih baju juga agak mencabar. Salah gaya
sikit orang dah cakap badan dah naik


JIKA
(B)Ibu jari dan jari telunjuk bertemu
Cik/Cik Puan berangka sederhana.Lambat nampak berisi.Mudah untuk pilih pakaian.
Kalau rangka macam ni makan banyak sikit pun tak mudah nampak gemuk


JIKA
(C)Ibu jari dan jari telunjuk berjarak
Cik/Cik Puan berangka besar
Jika anda rendah agak mencabar nak pilih pakaian yang sesuai. Tetapi jika rangka besar dan tinggi, macam -macam gaya boleh. seperti contoh orang barat.


Cik / Cik Puan yang mana satu?
A ? B? C?

NAK ELAKKAN DARIPADA TERBELI BAJU YANG TAK SESUAI DENGAN BENTUK BADAN? | HANATAJUDDIN















Setiap orang ada bahagian yang mudah berat badan naik.
Rata-rata ramai yang mengalami masalah berat bertambah pada bahagian pinggul dan peha.
Mungkin faktor kurang senaman atau hanya kerja di pejabat
.
Cik/ Cik Puan yang sering duduk di pejabat boleh melakukan senamam tertentu untuk mengurangkan berat pada bahagian bermasalah
.
Di samping itu pemilihan pakai perlu tepat supaya bahagian yang bermasalah tidak kelihatan bertambah besar
.
Menurut sumber "Work your Wardrobe" oleh penulis Nichole
Masalah di atas adalah mereka yang bertubuh badan seperti buah "Pear" iaitu besar pada bahagian bawah
.
Jadi Cik/Cikpuan perlu menetapkan matlamat untuk membeli pakaian yang :
MENYEIMBANGKAN bahagian atas menjadi sama besar seperti bawah secara VISUAL.
.
Teknik :
Dengan cara memakai pakaian yang menjadikan bahu kita nampak besar namun masih tampil dengan kekal muslimah
.
ELAKKAN DARIPADA MEMAKAI:
(1) Seluar yang mengikut bentuk kaki
(2) "Pencil skirt" atau "Straight cut" skirt
(3) Memakai warna yang cerah untuk bahagian bawah
.
APA LANGKAH Yang Boleh di ambil adalah seperti:
(1) Memilih pakaian yang mempunyai "Puff", "padding"
(2) Memakai jaket atau "layer top"
(3) Pakai , pakaian yang mempunyai "volume" atau "pattern" pada bahagian atas
(4) Pilih pakaian cerah atau bercorak pada bahagian atas
(5) Anda boleh memakai corak besar dan "bold color" pada bahagian atas supaya kelihatan seimbang dengan bahagian bawah
(6) Pemilihan bentuk leher tiada masalah untuk yang bertudung
(7) Pilih warna gelap untuk bahagian bawah, sama ada skirt mahupun seluar
(8) Memilih pakaian berpotongan "A-Line"
.
Atau secara kesimpulannya kita boleh memilih pakaian yang sarat pada bahagian atas dan elakkan sebarang corak atau pattern pada bahagian bawah. Warna juga pilih yang cerah pada bahagian atas dan warna yang gelap pada bahagian bawah.
.
================================





Basic Babe Jubah adalah antara yang sesuai. Disamping perincian dan corak lebih di tumpukan pada bahagian atas, kemudahan untuk menyusukan bayi serta mengambil wudhuk juga dapat memudahkan ibu-ibu di luar sana.



KLIK Link untuk lihat Testimoni pelanggan kami
http://hanatajuddin.com.my/akp/
=====================
Harga:
1 pc : RM99
3 pcs : RM89/ pc
5 pc : RM69/ pc
=======================================
NAK BELI PADA HARGA RENDAH? MEMBORONG?
=======================================
Minimum
10 pc : RM 60/pc
** TIPS kongsikan dengan kawan , adik, member, officemate, coursemate, housemate, kakak ipar, mak mertua dan BEST friend awak. Bagitau depa kat group ka apa ka kan.Sama-sama jimat. Sama-sama buat koleksi
.
Klik di sini untuk pembelian:


KLIK DI SINI



KELEBIHAN BELI DI WEBSITE
==========================================
*Website akan auto deduct harga item ikut kuantiti
*Website kami dah automatik kirakan postage (Ikut Semenanjung/Sabah/Sarawak)
*Pembayaran awak boleh pilih nak auto (SenangPAY) ke atau manual (Bank Transfer) . Kalau auto tak payah bagi bukti pembayaran
*MASA nak checkout TAK PAYAH register. HANYA PERLU isi maklumat penghantaran , check E-Mail - ada salinan order. lepas tu buat pembayaran, kami terima bukti pembayaran. Settle! terus kami poskan
Kini tak tertanya-tanya dah -"Sis stok apa yang dah habis?"
.
*BONUS : PEMBELIAN BORONG MELALUI WEBSITE anda juga boleh campur dengan item yang lain untuk mendapat potongan harga.
=========================================
Pembelian di Whatsapp tak boleh ke sis?




019-2451446
(Basic Babe Jubah adalah *BEST SELLER. Jadi siapa yang betul-betul ingin dapatkan , perlu segera kerana stok ini cepat habis)

Tak Tahu Nak Matching Warna Apa? Keliru Nak Tahu Tone Warna Cerah Ka Gelap?

simpan warna ni siap-siap! kan kelmarin kak Hana share warna universal ni
.
tau tak warna ni di panggil universal sebab apa?
sebab paling best warna ni warna sesuai untuk semua jenis kulit warna!
jadi mana yang yang pening kot pikiaq aku ni tone kulit jenis sejuk ka (cool) kulit jenis panas ka (warm) memang sesuai sangat dah
.
sebab apa?
sebab warna ni tahap sifat sejuk dan panas dia seimbang. tu yang bila kita pakai muka kita takkan nampak gelap ka cerah. berseri-seri adalah!
.
mana yang nak sedondon dengan hubby. mesti ada warna hubby tak sesuai dengan warna kita. nah! warna ni sesuai dah dengan dorang jugak
.
simpan warna ni dalam handphone. kang pening nak pilih warna. had ni boleh jadi rujukan!
hint : next koleksi hanatajuddin pakai warna universal ni! hiks! nanti kami update 😍😘
coming soon~


Updated : Blouse Muslimah Kelopak



Pening Tak Tau Kulit Cerah ke Gelap? Nak Mudah Cari Warna Sedondon?



simpan warna ni siap-siap! kan kelmarin kak Hana share warna universal ni
.
tau tak warna ni di panggil universal sebab apa? 
sebab paling best warna ni warna sesuai untuk semua jenis kulit warna! 
jadi mana yang yang pening kot pikiaq aku ni tone kulit jenis sejuk ka (cool) kulit jenis panas ka (warm) memang sesuai sangat dah
.
sebab apa?
sebab warna ni tahap sifat sejuk dan panas dia seimbang. tu yang bila kita pakai muka kita takkan nampak gelap ka cerah. berseri-seri adalah!
.
mana yang nak sedondon dengan hubby. mesti ada warna hubby tak sesuai dengan warna kita. nah! warna ni sesuai dah dengan dorang jugak
.
simpan warna ni dalam handphone. kang pening nak pilih warna. had ni boleh jadi rujukan!
hint : next koleksi hanatajuddin pakai warna universal ni! hiks! nanti kami update 😍😘
coming soon~

Konsep Ringkas : Mungkin Ianya Idea Paling Power Kalau Awak Nak Mix & Match Baju



sebelum kita p pada next tips,
ok tips ni daripada Tuan Zam.
kalau contoh kita nak mix and match warna kan.
sangat sesuai kalau kita pilih bahagian bawah warna lebih gelap berbanding bahagian atas. ok bahagian atas pula pilik warna cerah
.
ha... gambar di bawah ni contoh dia pun ikut tips bahagian 1.
dia pilih konsep warna senada.
dia ambik biru.
jadi bahagian bawah dia pilih biru gelap. atas amik had biru cerah sikit.
ingat. nanti next tips senang . boleh apply guna konsep ni.
(hanatajuddin.com.my)

Bahagian 1 : Tak Tau Nak Pakai baju warna apa? shawl warna apa?

tips kalau tak tau nak pakai tudung, baju dan skirt warna apa

sambungan. . .
TIPS PERTAMA NAK MIX & MATCH
kalau tak tau sangat,
kalau tak da idea sangat,
trick ni paling simple.
pilih warna senanda daripada roda warna
.
roda warna tu saya nak dapat dari mana sis?
boleh beli kat mana?
.
ala.. google je "color wheel" banyak gila yang kuaq
.
ok tapi nak pilih warna yang senada sebagai outfit kena kenal dulu tone warna sebelum ni. jangan main sebat warna. kang muka nampak gelap nampak kusam kami tak tau . hukhuk.
sebelum ni kami ada pos pasal nak kenal tone kulit. tu guna dia
tapi bukan tu ja. banyak lagi
.
ok warna senada ni ampa boleh pilih tone dia. main-main dengan warna tapi satu warna ja
.
contoh macam kat atas.
putih
dari atas sampai bawah dia pakai warna putih

purple
dia ikut macam dekat roda warna
dia pakai la purple gelap , purple pudar sikit. (purple ada nama khas- kami ringkas bagi ampa senang paham)

coklat
sama ja macam purple . dia campuq ja coklat gelap . jacket coklat tone dia lain sikit

tapi masing-masing masih menggunakan satu warna sahaja.

lagi satu kalau guna satu warna sahaja pun boleh sorokkan lemak di perut.
nampak selim gitew

tips : kalau nak nampak kurus kan ambil tone warna gelap gunakan konsep warna senada ni. komprem! aum!

hihi
ok la esok kita sambung insyallah
kalau nak senang rujuk nanti terus ke website pun boleh
hanatajuddin.com.my > tips

[TSPP] Part 1 Tips Suai Padan Pakaian

<img class="alignnone size-full wp-image-3611" src="http://hanatajuddin.com.my/wp-content/uploads/2016/08/colour-wheel-monochromatic.jpg" alt="colour-wheel-monochromatic" width="600" height="600" />

Fashion Designer Diperlukan ( HanaTajuddin )



Fashion Designer Diperlukan HanaTajuddin


Assalammualaikum

Kak Hana nak tanya ada tak kawan-kawan ampa suma yang ada yang berpengalaman bekerja sebagai fashion designer. Sebab dalam nak mengembangkan syarikat. Kami nak cari fashion designer yang komited dalam menghasilkan design dan pakaian muslimah ni.




Kalau ada mohon e-mailkan resume sebagai Position Fashion designer di fahana.tajuddin@gmail.com




Gaji RM3000 / month

Ini untuk yang berpengalaman




Tanggungjawab dia banyak.

Setimpal dengan gaji.

Kena workaholic la macam kak Hana kan. Hiks!




Sila emailkan resume ke :




Fahana.tajuddin@gmail.com












TIPS ELAK BAJU NAMPAK MACAM UNIFORM Walaupun Tema Warna Seragam

Hi hi hi idea ni kak Hana dapat sebab pernah masa tu keluar rumah. Nak p Tabung Haji tak silap.
Pakai baju atau blouse warna mint, palazzo  pun warna mint. Lepas tu tudung warna putih.
Masalahnya blouse tu memang tak da corak.

Bila keluar dari bank tu. Macam diri sendiri malu gila . . . teruih masuk keta. . Cakap dengan husbnad "Eh i rasa hari ni macam pakai unifrom"
" Uniform macam dekat PPUM" Orang-orang PPUIM jangan marah na, Sebab kak Hana pernah bersalin dekat sana. Terus terimbas warna-warna gitu.

Ok kalau korang rasa hari tu nak pakai jugak warna senada .Rasa macam urghhh nak pakai gak satu warna tapi tak mau nampak macam pakai uniform

Tips kak Hana.( Ini hasil try and error) Idea-idea yang lain boleh di buahkan dan di rungkaikan bersama.

TIPS PERTAMA:
Pakai warna senada dari tudung , blouse dan skirt /palazzo terus warna sekata. Kalau tudung pilih yang corak tapi warna still sama dengan blouse pun nampak cun sangat.

TIPS KE DUA
Elakkan daripada pakai warna-warna yang hampir sama dengan identiti sebuah syarikat. Contoh kalau ada klinik tu nurse pakai baju macam biru terang tu. kalau boleh elakkan. Nanti orang ingat kita satu geng pulak

TIPS KE TIGA
Pilih warna kasut dan handbag sama. Tapi warna handbag dengan kasut tu jangan la sama jugak macam warna (blouse , palazzo dan tudung). Ambik warna yang berbeza. Menyerlah gitew.







Ujian Warna #HTOOTD HanaTajuddin - Tone Kulit - Muka Tak Nampak gelap pun!

Selamat Pagi! semua dah bangun ke.
Ok kan semalam kak Hana dah share mengenai tone warna kulit kita dan baju warna apa yang sesuai dengan kita kan.

So, di sebabkan kak Hana tengok urat warna biru, maka di bawah tone sejuk,

Tone sejuk sesuai dengan warna-warna sejuk
seperti yang belah kiri.


Warna dia 
PUPRLE
BIRU
HIJAU 

Kulit kak Hana nak kata putih memang tak la. Jadi bila pilih baju memang pening. Dulu masa tak tau pakai warna peach . Peach memang tak sesuai. Pakai masa bertunang pulak tu. Muka jadi gelap. Pudar jurrr. Tak menyerlah pun. Peach ni sesuai untuk ton panas. 

Kalau ada gambar bertunang dulu, boleh la selit. Huk huk. Tapi kena cari la nanti.

Sekarang bila dah tau memang tak la kak Hana nak beli warna-warna untuk ton panas. Tapi Kak Hana ada satu baju insyallah hari ini nak ekperimen.

#HTOOTD semalam berjaya! sebab pakai warna hijau yang sejuk ja

Muka tak nampak gelap pun




Oh ya , semalam ada tanya kak hana dekat FB dan IG baju ni dari mana? Baju ni daripada Keesae



MACAM MANA NAK TAHU WARNA BAJU YANG SESUAI DENGAN SAYA?

Selamat pagi!

Siapa yang belum lagi kenalpasti warna urat masing-masing ikut langkah sebelum ni yang kami share.

Klik di sini > LANGKAH UNTUK MENGETAHUI WARNA TONE KULIT






Ok bila dah semak jum kita tengok




SEJUK - (Biru atau Ungu)

Kalau urat awak banyak warna biru atau ungu. Maka ingat dalam kepala. Awak dibawah tone sejuk




SEMULAJADI - (Biru atau Hijau sama banyak)

Ha.. kalau tengok eh macam lebih kurang sama je. Biru atau ungu sama banyak dengan hijau. Maka awak di bawah semulajadi




PANAS - (Hijau lagi banyak)

Kalau warna hijau lagi jelas kelihatan maka awak dibawah tone panas.




Ha... sapa kata warna kulit tak da kaitan dengan sapa-sapa yang berkulit gelap. Contoh macam wanita India atau Afrika. Jangan ingat semua sama tau! Masing-masing ada beza dia. Setiap mereka ada ton masing - masing. Contoh Beyonce (Ton panas) dan Oprah Winfrey (Ton Sejuk) . Walaupun dorang ni kulit gelap, tapi masing-masing ada tone masing -masing


Ok jum semak warna terbaik untuk awak yang sejuk, panas atau semulajadi. Make sure perhatikan betul betul. Ada magenta , maroon , merah semua tu tone dia kan berbeza beza. Kalau dekat kedai tone baju kan berbeza-beza. Kalau dia letak biru macam -macam biru ada . Jadi dekat bawah ni boleh jadi rujukan

Kalau nak senang.

LANGKAH 1
Kalau awak tone sejuk save gambar di bawah. Ambil yang sejuk je.kemudian Crop.


LANGKAH 2
Pergi ke kedai sebelum beli . Tengok warna-warna ni.

LANGKAH 3
Rapatkan sahaja phone dengan baju yang awak suka tu. Kalau warna tak nampak sangat.


Kemudia ambillah baju kegemaran awak tu! Baju tu pulak mestila memenuhi bentuk tubuh awak kan.


Ok lepas ini kita lihat pulak warna yang boleh buat kita nampak kurus dan nampak besaq

WARNA BAJU APA YANG SESUAI UNTUK KULIT SAYA NI?


Ok kak hana harap  semua dah pass bab kenal jenis tubuh badan ni
Step ke - 2 adalah kita kenal warna yang sesuai dengan kulit kita.
Warna apa yang sesuai kalau kulit macam ni?
Nak tahu sesuai had macam mana kena jawab soalan ni dulu


LANGKAH 1
Terbalikkan tangan

LANGKAH 2
Tengok urat tangan warna apa

SOALAN KAK HANA. . .
Lagi banyak warna biru ke atau banyak lagi warna hijau urat tu.
Jawab dekat bawah.

Dah jawab baru kak Hana share warna apa yang sesuai
Kalau tak jawab maka tak da la jawapan untuk warna baju yang sesuai

Ini yang palong sempoi kak Hana cari cara untuk kenal warna baju yang sesuai dengan kita


AWAS! Jangan Salah Faham Dalam Menentukan Bentuk Tubuh Badan AWAK




Ok kan sebelum ni kak Hana ada tunjukkan cara untuk menetukan bentuk tubuh badan sebelum memilih pakaian. Takut tersalah nanti. Dah tak pakai baju tu. Kan membazir

Ok Cara mengenali bentul jangan tersalah
Risau pulak kak Hana sebab ada yang kurang faham
Nanti tersalah pilih baju pulak.

Ok dengar baik-baik
Ala simple angat.. budak-budak tadika cakap

Segala bentuk ini di ambil kira menggunakan tiga anggota sahaja.
PERTAMA:
Bahu atau Dada - Boleh gunakan salah satu.

KEDUA
Pinggang

KETIGA
Punggung

JANGAN TERSALAH kalau tengok peha ka, kaki ka. Had tu tak termasuk pun. Ingat tiga bahagian sahaja tau



Pening nak tentukan Bahu ke Dada?
Kalau Bahu yang besar. Kita boleh jadikan bahu sebagai point rujukan. Kalau Dada yang besar kita boleh jadikan dada sebagai point rujukan. Kira macam pilih salah satu je.
Jadi kalau contoh awak memiliki dada yang besar awak bertubuh Segitiga Terbalik. Kalau Bahu besar tapi dada kecil . Awak still juga dalam group segitiga terbalik.

Ok tak ke ada siapa-siapa yang tak faham sebelum kita pergi kepada jenis baju yang sesuai untuk tubuh masing -masing. Kalau ada yang nak tanya comment dekat bawah ni ya:

Takut Tersalah Beli Pakaian? Kenal Bentuk Tubuh Badan Awak Dulu


Semalam kami ada survey melalui instagram dan facebook. Kak Hana nak tahu jugak rata-rata sebelum beli baju semak atau tak jenis tubuh badan. Lihat antara jawapan dan feedback pelanggan kami di instagram dan facebook.

Bila tak kenal jenis tubuh badan ni boleh jadi masalah untuk dapatkan baju yang sesuai.

Kalau tersalah pilih ada yang cakap


"Apsal ko pakai cantik, aku pakai nampak gemuk?"


"Macam mana nak sembunyikan bahagian dada aku besar?"



Paling risau kalau ada yang macam putus asa nak cari baju sesuai sebab masalah badan.


Bila ada yang kata


"Ala, dia kurus boleh ... pakai apa pun cantik, kalau berisi tak cantik pun"


Tapi badan berisi tak bermakna pakai apa-apa pun TETAP tak cantik sebab badan comel.


Banyak jur artis dalam negara mahupun artis barat ka pelakon ka atau kawan -kawan sekeliling kita yang berisi tapi pakaian depa still cantik, on point dan kemas ja.


Banyak trick - atau teknik yang boleh apply.


Janji korang master bab kenal jenis tubuh badan kemudian senang la nanti nak cari baju yang sesuai!


Maintain nampak cantik. Yakin diri! hah!



Oh ya lepas kenal jenis bentuk badan kemudian kita tengok pula jenis kulit warna supaya ampa tak tersalah pilih warna baju dengan kulit ampa.
KENAL-BENTUK-BADAN
segititga

Kan kalau kita tengok bentuk segitiga tu. . . Bahagian bawah besar. Simbolik kepada kita yang ada pinggul besar. So nanti cari baju kena balance kan bahagian atas. supaya seimbang atas bawah.
Kenali Bentuk Tubuh anda oleh HanaTajuddin

Kan kalau kita tengok bentuk segitiga terbalik tu pulak . Bahagian atas besar. Simbolik kepada kita yang ada dada ATAU bahu besar. Kita boleh pilih nak tengok bahagian bahu ke dada. Dua-dua boleh pakai. So nanti cari baju kena balance kan bahagian bawah. supaya seimbang atas bawah.
jampasir
Jam pasir ni kan simbolik kepada tubuh badan yang memang ada bentuk Oang kata badan solid la. Tapi sebagai muslimah jangan pakai ketat nak menampakkan bentuk badan awak yang solid githcheww. Bentuk badan macam jam pasir ni , bahagian dada ATAU bahu dia lebih kurang sama besar atau sama lebar dengan pinggul. Lepas tu pinggang dia ada bentuk

segiempat
Segi empat ni pulak kalau bahagian dada , pinggang , pinggul awak sama besar. semua lebih kurang je. Tu kita panggil segiempat . Sebab tak ada bentuk. Tiada bentuk pinggang. Kalau tengok gambar dekat atas, pinggang, pinggul dengan bahu/dada dia sama je.

SOALAN KAMI

A W A K       T U B U H        B A D A N        Y A N G        M A N A?



Bila dah tahu simpan dalam kepala tau. Sebab nanti kita akan guna pakai untuk : pemilihan baju dan corak. Kalau malas. Tulis dekat handphone. Senang nanti nak shopping boleh tengok badan yang sesuai dengan baju had macam mana.


Kemudian next kita akan tengok pula warna yang sesuai dengan jenis kulit kita.

Blouse #OOTD | Hanatajuddin

Blouse Printed 

Assalamualaikum semua, saya harap smua sihat sejahtera. begitu cepat masa berlalu kan, dah tinggal seminggu lagi nak raya. yahooo heheheh. Awk smua dah shopping raya ke ? harini saya nk review produk baru dari hanatajuddin iaitu blouse printed. Blouse ni cantik sgt tau, sbb corak dia yg penuh dibaju, so awk semua xpayah pakai tudung dan seluar yang bercorak dah. Blouse ni sesuai la untuk awk yang suka santai santai. 

blouse


cantik kan, nampak elegent sangat,Blouse ni bukan sahaja sesuai untuk buat dipakai dihari raya, tapi juga sesuai untuk ke pejabat dan juga keluar bersantai.Ni contoh fabriknya tapi kaler biru :)


blouse

blouse
 jom awk smua grab dekat hanatajuddin boleh beli borong tau, ada bnyak lagi warna yang menarik hati :)