Borong Jubah Muslimah di Shah Alam dan Bangi | Basic Babe Jubah warna Merah Hati

Pembelian borong untuk Jubah Basic Babe Jubah

Bagi pembelian secara retail 
Sehelai : RM90/pc
2 Helai : RM80/pc


3 helai RM180 

Pembelian borong . Minimum 10 helai RM50/pc

Whatsapp : 019-2451446


Borong Jubah Muslimah di Shah Alam dan Bangi | Basic Babe Jubah warnaSoft Choc

Pembelian borong untuk Jubah Basic Babe Jubah

Bagi pembelian secara retail 
Sehelai : RM90/pc
2 Helai : RM80/pc


3 helai RM180 

Pembelian borong . Minimum 10 helai RM50/pc




TERBARU : Blouse Muslimah Untuk Ke Pejabat Juga Terdapat di Bandar Baru Bangi , BangiGateway

TERBARU : Blouse Muslimah Untuk Ke Pejabat Juga Terdapat di Bandar Baru Bangi , BangiGateway

TERBARU : Blouse Muslimah Untuk Ke Pejabat Juga Terdapat di Bandar Baru Bangi , BangiGateway

TERBARU : Blouse Muslimah Untuk Ke Pejabat Juga Terdapat di Bandar Baru Bangi , BangiGateway

TERBARU : Blouse Muslimah Untuk Ke Pejabat Juga Terdapat di Bandar Baru Bangi , BangiGateway

Anda mencari blouse sopan dan selesa untuk ke tempat kerja?
Jika ya blouse ini sangat sesuai buat anda.
Apa saiz yang ada?
Terdapat 3 saiz iaitu M, L dan XL
Boleh saya tahu ukuran dia?
Ukuran yang lebih lengkap klik pada gambar sebelah.
Material apa ya?
Material ini adalah chiffon crepe
Jarang tak?
Tidak jarang ada inner yang lembut di dalam.
Memang ada dua warna sahaja ke?
Ya dua warna sahaja iaitu merah maroon dan navy blue.
Sesuai tak untuk nursing?
Sesuai. Blouse ini full button di bahagian hadapan.
Ok saya berminat berapa harga ya?
Harga adalah RM75 Sahaja
RM75? Termasuk Postage atau tidak?
Tidak. Postage ke semenanjung RM7 Sabah Sarawak RM9
Saya rasa blouse ni mahal. Selalu saya jumpa murah.Ada diskaun tak?
Mohon maaaf kami menekankan pelbagai aspek seperti service dan bukan item semata-mata. Kami yakin sebagai wanita bekerjaya boleh melihat nilai dan perbezaan kami untuk memberikan yang terbaik buat anda. Paling utama memang kualiti blouse ini adalah sangat baik. Tapi bukan hanya pada kualiti blouse sahaja kami titik beratkan. Malah keadaan produk yang sampai pada anda dalam keadaan baik amat kami tekankan. Sekiranya parcel tidak sampai kami boleh berikan jaminan pulangan wang 100%. Jika terdapat item reject. Anda boleh pulangkan kepada kami dan kos pemulangan di tanggung oleh pihak kami. Ia telah tertakluk di bawah policy kami. Selain itu kami amat menitik beratkan packaging. Semestinya orang kata ianya first impression kan. Kita juga inginkan jaminan keselamatan untuk parcel anda sampai
Ok macam tu saya nak Milky Flower Blouse ni, warna Navy Blue size M. Macam mana saya nak buat pembayaran?
Anda boleh SMS/Whatsapp kami di 019-2451446 Untuk kami berikan no akaun bagi proses pembayaran.
Kalau saya buat pembayaran hari ini bila boleh sampai?
Kami guna perkhidmatan pos laju dan mengambil masa 1-3 hari untuk sampai.
Berbeza ikut kawasan pendalaman atau Bandar.
Selalunya tracking no dapat bila ya?
Tracking no akan kami berikan dalam tempoh 24jam. Jika terdapat sebarang perubahan kami akan memberikan update supaya anda tidak risau degan parcel anda.
Di mana Store terdekat untuk saya kunjungi?
Pop-up store kami terdapat di Bangigateway, Bandar Baru Bangi. Laluan tengah di antara Kedai Biji Kopi dan Old Malaya Kopitiam. Ground Floor. Dibuka hingga jam 10.00 Malam.
Jika saya beli melalui website sahaja boleh ke?
Ya anda boleh terus ke website kami www.hanatajuddin.com. Jika anda first time order di website dan tak faham bagaimana untuk buat order boleh SMS/Whatsapp kami di 019-2451446
Pembelian terus sahaja hubungi kami di
019-245 1446
019-245 1446
019-245 1446

TIPS MEMBELI-BELAH: ELAK BUAT KEPUTUSAN SALAH

TIPS MEMBELI-BELAH: ELAK BUAT KEPUTUSAN SALAH


Anda tak cukup masa untuk membeli-belah?
Jangan buat kerugian berulang kali
Sebenarnya bila anda membeli belah dalam keadaan tak cukup masa

TIPS SEBELUM MEMBELI BELAH : Tulis Dahulu Untuk Kenalpasti Apa Yang Tidak Sesuai




TIPS SEBELUM MEMBELI BELAH : Tulis Dahulu Untuk Kenalpasti Apa Yang Tidak Sesuai

Sebelum anda lakukan "major shopping" , sekali lalu perhatikan pakaian-pakaian dalam almari anda . Periksa baju yang anda dah beli bulan lepas. Baju tu pakai` atau tidak?
Jika tidak pakai keluarkan semuanya . Cuba pakai.
Lihat dalam cermin senaraikan 3 sebab kenapa anda tidak suka atau tidak pakai baju tersebut.

Adakah mungkin sebab anda tak suka bahagian tangan dia ke?
Tak suka corak tepi dia ke?
Tak suka poket dia?

Tulisla. . . kenapa anda tak suka dan tak pakai.

Jadikan ianya sebagai rujukan setiap kali anda memikirkan untuk buat pembelian.

Tips
*Simpan dalam nota pada telefon bimbit anda memudahkan anda untuk semak bila-bila masa

Melengah-lengahkan Kerja Di Pejabat?


Jika di Pejabat nampak member kerja menimbun tu mungkin sebab dia lambat-lambatkan kerja.

Jangan salahkan dia.
Kita sendiri pun macam tu

Jom kita lihat kenapa kita suka nak lengah-lengahkan kerja dan macam mana nak atasinya

Video ini saya kongsikan di petik daripada - Book Trailer Video -  "you are Not so Smart"

Misconceptions: Kita melengah-lengahkan waktu kerana kita pemalas dan tak boleh uruskan masa sebaiknya.

The Truth : melengah-lengahkan sesuatu di semarakkan oleh kelemahan dalam menghadapi perubahan keadaan asal (keadaan selesa) dan gagal untuk memikirkan mengenai apa yang di fikirkan

             

Almari baju dah penuh Tapi Masih Tak Da Baju Nak Pakai?

I Have Nothing To Wear

Punca utama adalah sebab kita tak kenal siapa diri kita.
Anda boleh hiraukan artikel ini jika anda tahu siapa diri anda.
Tapi kalau kita betul dah kenal diri kita. . .
Kenapa masih lagi cakap
“Tak da baju la nak pakai.. .”
Sedangkan almari penuh dengan baju.

"Creating a wardrobe that reflects who you are takes more than knowing your favourite colouris pink or that you work in an office".
Gaya peribadi kita sebenarnya di pengaruhi dengan 7 benda.

Kerjaya, aktiviti, status, bilangan anak, di mana anda tinggal, umur berapa, jenis tubuh badan dan personaliti.

Untuk artikel ini kita fokus dulu pada kerjaya


Jum kita cerita hal sebenar.

Apa jenis pekerjaan anda?

Banyak tak habiskan masa di pejabat?


Jenis Industri, Kerja dan ruang kerja beri kesan pada alamari baju kita

Pakai pakai pakaian mengikut kerjaya kita

Walaupun 'style' dan 'identiti' kita berbeza.


Walaupun kita ada 'style vintage'.

Tapi kalau dah kerja di bahagian audit.

Kita akan gayakan pakaian yang lebih profesional berbanding mengenakan gaya 'vintage'.



Apapun kerjaya kita,

Sepatutnya bukannya tak ada idea nak pakai baju apa.


Walaupun kita nak tengok baju kita berbeza-beza ikut mood,

tapi KERJA KITA TETAP SAMA.


Sebagai contoh kita lihat Aminah dan Salmah
Mungkin anda lebih mudah faham


AMINAH


Seorang Model 

Sangat cantik

Masih bujang

AKTIVITI AMINAH

Sentiasa keluar sana sini
Memiliki fashion tersendiri
Setiap hari baju berbeza-beza akan di gayakan
Sentiasa berjumpa client
Selalu berjumpa wartawan
Selalu ke fashion show
Selalu berjumpa dengan fashion designer
Berhadapan dengan lensa kamera


SALMAH

Mempunyai 3 orang anak

Sudah berkahwin

Seorang editor

AKTIVITI SALMAH 

Sentiasa berhubung bersama 'profesional client'
Meeting dana-sini
Hujung minggu akan mewajibkan diri habiskan masa dengan keluarga
Tapi Salmah sangat sukakan 'style' Aminah

Salmah cuba menjadi Aminah
Setiap hari dia intai apa Aminah pakai di Facebook
Apa yang Aminah pakai dia pun ada

Almari dia penuh dengan baju sama macam Aminah

Ada baju yang di beli dia tak tau buat pergi mana

Sebenarnya . . .


Salmah tak kenal siapa diri dia
Dia tak tahu aktiviti hariannya berbeza dengan Aminah

Menyebabkan setiap pagi dia akan 'struggling ' untuk mencari baju yang sesuai.

Sebab dia SUKA 'style' Aminah


Sedangkan dia harus tahu yang dia adalah seorang 'editor' dan ibu serta seorang isteri.

Dan dia bukan seorang model.




Monday Blues? Apa puncanya?

Monday Blues? Apa puncanya?


Ada orang bila sebut hari Isnin terus rasa 'down'.

Masuk pejabat bukan dengan muka gembira.

Monyok je.

Bila 5.30 petang dia orang pertama balik.

"Awalnya balik?"

"Err… a.ah aku ada hal sikit".


Sebenarnya nak balik awal basuh baju.

Masa defat office hati tak teteram baju kat rumah menimbun tak lipat.

Ditambah kerja office bertingkek-tingkek dengan susunan fail.

Tak da mood sangat nak buat kerja.

Pernah tak tanya kenapa kita ber 'Monday Blues'?

Jangan risau jum kita buang rasa 'Monday Blues'

Insyallah , kita akan lebih tumpukan kerja.

Kerja lebih berkualit dan produktif.

Tiada curi tulang. Penuh barakah :).

Kenapa Kita Pergi 'shopping' ? Untuk hilangkan stress?

Kenapa Kita Pergi 'shopping' ? Untuk hilangkan stress?



Memang betul 'Shopping' adalah satu cara untuk memanjakan diri. 
Hampir sama macam kita buat rawatan spa dan 'manicure and pedicure'. 

Bila kita memanjakan diri kita rasa macam benda itu penawar untuk merawat masalah kita.

Kalau 'stress' dekat tempat kerja, kita akan cari rawatan untuk hilangkan 'stress'.

Hipotesis ini akan berlaku:
"Kalau tertekan, lagi banyak aku akan 'shopping'!"

Mengikut teori B.F Skinner yang dikenali sebagai "Operant Conditioning".

Tips Pemilihan Skirt Berorak, Bukan Semua Corak Sesuai Dengan Kita


Tips Pemilihan Skirt Berorak, Bukan Semua Corak Sesuai Dengan Kita


Setiap orang memiliki badan yang berbeza

Lain bentuk badan, maka berbeza corak yang sesuai untuk kita.

Kita perlu berhati-hati untuk mengelakkan bentuk tubuh kita TIDAK jelas kelihatan.

Bahagian yang selalu bermasalah atau sering lemak terkumpul seperti di bahagian

dada, pinggul dan peha.

Sebagai wanita muslimah ini mungkin boleh di jadikan panduan.
Corak berbeza untuk tubuh badan yang berbeza

Bila anda dah tahu jenis bentuk tubuh anda.

Kenali 4 Jenis Bentuk Tubuh Anda Untuk Dapatkan Pakaian Yang Sesuai


Kenali 4 Jenis Bentuk Tubuh Anda Untuk Dapatkan Pakaian Yang Sesuai


Ramai orang ingat dia sudah cukup kenal dengan jenis tubuh badan dia.
Anda boleh skip tajuk ini jika anda dah kenal jenis tubuh badan anda.
Tetapi masih ramai yang mengutamakan
“Kalau baju tu cantik nak beli la”.


Tapi baju tu tak sesuai pun dengan bentuk tubuh badan kita
Tak pernah tanya soalan pada diri
“Baju ni kalau cantik, sesuai tak dengan bentuk tubuh badan aku”

3 Tips Ini Mampu Mencipta Kejayaan, Walau Apapun bidang kerjaya Anda



 3 Tips Ini Mampu Mencipta Kejayaan, Walau Apapun bidang kerjaya Anda

Anda seorang Guru?
Atau seorang Geologist?
Anda seorang Peniaga?
Pembaca berita?
Peguam?
Executive?

Dengar nasihat daripada Jeff Charbonneau merupakan pemilik dan pengarah ZHS Robot Challenge dan berjaya mengumpul derma dan geran sebanyak 25,000 usd melalui syarikatnya. Selain daripada seorang guru beliau juga memegang jawatan sebagai co-president di Zilla Education Association 


Tidak perlu menajdi terlalu bagus untuk mengajar


Menurut beliau paling banyak membantu untuk mengajar secara efective adalah kerana dia berusaha untuk interaksi dan bina hubungan dengan setiap pelajarnya. 


Bukan kerana betapa bagus dia menerangkan subjek yang di ajar kepada muridnya.

Sama sahaja walaupun kita dalam industri berbeza. 
Kita sentiasa berkomunikasi dengan orang untuk memenuhi keinginan dan keperluan kita. 

Tak kira mereka adalah pelanggan atau bos kita.

Jadi perlu untuk saling hormat menghormati dan amanah untuk menjalin hubungan yang baik. Ia boleh mejadikan kita berjaya dalam kerjaya.

Jangan memandang rendah

Ironinya, tanpa paksaan dan persaingan kita semua akan berada pada tahap yang sama.
Tanpa persaingan tak ada kemajuan di cipta.

Dalam persaigan jangan pandang rendah pada semua orang. 


Paling utama jangan kita pandang rendah pada diri sendiri.
Jangan sesekali menunda peluang yang datang. 


Contoh : Kita berpeluang berada di satu tempat di mana berkumpulnya mereka yang 
berjaya.

Kita rasa sebab kita tak layak. Kita akan gagal rebut peluang tersebut.

Kita menunda peluang tersebut.

"Tak pela nanti kalau ada peluang  next time boleh jumpa lagi"

Beliau menegaskan jika kita suka melengahkan atau tunda peluang yang datang Itu menunjukkan kita kurang minat dengan apa yang kita lakukan.

kita sering menolak dan bagi alasan mungkin ada peluang lagi nanti. 

Sangat penting untuk kita tetapkan diri untuk rebut peluang yang datang 
Jangan sesekali kita menununda peluang tu.

Tiada Lagi peluang ke-2!

Sebenarnya peluang ke 2 ini susah nak dapat.Jadi bila dah dapat cepat-cepat rebut peluang tu.

Jadi Diri Sendiri

Hanya kita sahaja tau apa kemampuan kita. Apa yang kita nak capai dalam hidup.
Jangan sekali kita berubah pendirian. 

Jangan cuba perlu jadi orang lain hanya sebab kita nak dapatkan kejayaan yang cepat. 

Setiasa pegang pada nilai dan prinsip yang kita pegang.

Ringkasnya butla apa yang kita suka dan paling utama jadila diri sendiri. 

Baju Lama Masih Di simpan, Tapi Kenapa Baju Yang Baru Terus Di Buang

Baju Zaman Muda Remaja Masih Di simpan, Tapi Baju Yang Baru Terus Di Buang


Perasan atau tak alamari putih dalam bilik kita tu.
Jangan tak tau yang dia boleh buat kita rasa hebat dan best!

Yela pernah ke kita buat macam ni . 
Hari ni nak pergi kerja.
Buka almari.
Kita pilih baju.
Kita pilih yang paling boleh buat kita rasa tak best.

Semestinya tidak!

Sebaliknya . . .

Kita akan buka almari baju.
Cari baju yang terbaik.
Untuk buatkan kita yakin ke tempat kerja.
Untuk kita rasa best ke tempat kerja.

Baju dan Emosi Berkait Rapat

Tengah hari tu Suami call.
Nak ajak 'candle light dinner'.

Hari tu kita  jadi orang pertama balik awal.
Selalunya yang balik awal tu paling dapat perhatian.
Balik rumah pilih baju yang paling special.
Lilit-lilit shawl.

Tapi . .

Malam tu kita rasa macam ada tak kena.
Kita pun jadi macam cacing. Cacing kepanasan.
Rasa tak tenang. Gelisah, rasa entah apa-apa tiba-tiba datang.

Setelah selesai

Masuk sahaja kereta

Mula membebel dengan suami.
Ada yang salahkan potongan baju.
Ada yang salahkan tudung senget.
Ada yang salahkan tudung tak bentuk.
Macam biasa membebel sambil membelek-belek muka di cermin kereta.

Sedar atau Tidak?

"Kita lebih cenderung menyalahkan pakaian kita berbanding diri sendiri".

Pakaian kita tak pasal-pasal jadi 'kambing hitam'.

Penemuan dari para penyelidik yang telah membuat kajian

'kita menghubungkan emosi melalui pakaian'

Esoknya . . .
Bila terfikir balik 'candle light Dinner' tu kita terus rasa tak best.
Sejak tu kita tak lagi gantung baju tu.
Lipat-lipat simpan dalam stor.

Nak lagi best

Ada yang terus jual pre-loved.


Tapi kenapa . . .

Ada satu baju yang masih tergantung dalam almari. 
Baju tu baju dah lama.
Tu baju kegemaran kita.
Boleh di katakan baju itu paling kita suka lah.
Tapi baju tu dah tak muat. 

kenapa kita tak pernah rasa nak buang baju tu?

Masih tak perasan?

Dengan Baju Tu Kita Dapat Banyak Pujian 

Daripada laporan yang di buat oleh Penyelidikan Kualitatif dalam Psikologi pada tahun 2008 menemui,
Dengan hanya fikirkan sesuatu pakaian itu kita terus akan rasa yakin.

Masa kita pakai baju tu ke Office. 
kita dapat pujian daripada semua department. 
Tak cukup department seluruh pejabat pulak puji kita.

"ko nampak cantik . . ."
"eh warna ni masuk dengan ko ..."
"eh..ko pakai ni ko nampak kurus la . . ."
"ko pakai macam ni nampak tinggi la . . ."

Dengan hanya tengok baju tu kita terus teringat balik saat kita di puji.
Power ke tak power baju kita tu?

Memang kita rasa sayangla nak buang.

"Tak muat pun Insyallah . . . Nanti muatla. Lepas diet ni"

Baju Tu Ada Peristiwa Yang Bermakna

Ada ke yang masih simpan baju masa zaman muda remaja.
Dan kebiasaan  daripada kita masih menyimpan baju bertunang.
Masih lagi menyimpan baju kahwin,

Kenapa kita nak simpan lagi baju kahwin tu? 
Walaupun Kita tau yang baju tu kita dah tak pakai lagi.

Kita tak mampu buang sebab baju tu bagi makna tertentu pada kita.



Kita selalu kaitkan emosi dengan baju.

Sebab emosi mampu berhubung dengan memori!

Baju kita ni sebenarnya bertindak sama macam fotografi.

Baju kita tu pun . . .
Boleh bawa kita kepada waktu dan momen kehidupan kita.

Ada Jualan Murah, Elakkan Daripada Buat Kesilapan Yang Sama

Elakkan daripada buat kesilapan ketika jualan murah dengan hanya menjawab 2 soalan




Kita ternampak iklan jualan murah pada Sabtu ini.

Hari Isnin hingga Jumaat di Pejabat.

Sabtu ni pula tiba-tiba bos minta masuk kerja separuh hari.

Jadi kita ambil keputusan untuk ke jualan murah di sebelah petang.

Hari ahad memang dah rancang untuk habiskan dengan keluarga.


Kebanyakkan daripada kita memang suka membeli-belah ketika jualan murah

Bila jualan murah banyak kita dapat jimat.

Hari tu banyak sangat kita beli.
Kita tak fikir pun baju tu boleh padankan dengan skirt apa.
Kita tak fikir pun yang skirt tu sesuai dengan blouse yang mana.
Kita rasa mana cantik dan material ok kita terus beli.
Sebab harga pun murah sangat.
Berbaloi sangat dah ni.

"Tak pela . . . nanti dekat rumah baru fikir. Mana sempat fikir dekat sini. Orang semua dok berebut"

Tapi ia berakhir dengan situasi ...

Setiap pagi kita akan ambik masa untuk suai padankan pakaian.
Dah masuk 4 kali tukar .
Tak da satu pun yang sesuai ke pejabat.
Baju yang kita beli masa jualan murah tu semua tak sesuai.

"Apa yang ada dalam almari pakaian anda tak selari dengan aktiviti seharian anda"

Cuba buka almari.
Buat pemeriksaan mengejut sekejap.

Kita sebenarnya lebih mengikut perasaan ketika membeli berbanding buat perancangan
Kita hanya membiarkan emosi mengawal diri kita.


Cuba kita terbalikkan

"Kita sebenarnya buat pembayaran yang sia-sia ke atas barang yang kita tak perlukan"

Kita boleh elak kesilapan ini dari berulang.

Kita hanya perlu tanya pada diri

Pertama

Benda ni kalau aku beli sesuai ke nak pakai ke pejabat atau keluar dengan anak-anak?

Kedua

Berapa banyak gaya atau padanan dengan beli benda ni?


Jika kita kenalpasti yang kita sebenarnya banyak habiskan masa di pejabat dan bersama keluarga.
Maka kita tak perlu berebut untuk barang yang kita tak perlukan pun ketika jualan murah.

Rugi atau jimat sebenarnya?

Waktu jualan murah berlangsung kita 'excited'.
Banyak yang kita dapat jimat.
Tapi sebenarnya kita tak perasan.
Lagi banyak kita rugi.

Bila kita mula beli, kita sudah mengeluarkan wang.
Bila kita rasa tak sesuai maka kita biarkan tergantung sahaja.
Kita rasa tak rugi sebab berapa puluh je baju tu.

Maka, kita mulakan semula.
Mencari pakaian baru.
Almari dah sempit.


Kita terpaksa mengeluarkan wang sekali lagi!
Kita terpaksa membeli sebuah lagi almari!