Perlu ke Nak Anak Cepat Atau Hanya StressDengan Soalan Bertubi - Tubi

Hari ni Kak Hana rasa macam banyak benda yang tak dapat nak settlekan. Maklumlah budak kecik ni demam.
Tapi hari ni banyak fokus kepada data-data. Punya banyak. Semalam dalam pukul 4-5 pagi baru tido. Itupun masih sepenuhnya belum settle. Di tambah dengan budak kecik ni kan.
Siapa yang belum dapat baby tu please jangan stress. Na. Korang baru kahwin hope enjoy jela. Maksud kak Hana enjoy sementara Allah bagi banyak masa Free untuk ber dua.
Bila dah ada anak ni. Jadual automatic berubah. Lagi-lagi bila ada dua. Tu belum ada 4-5-6 orang.
Waktu zaman berdua-duan dengan suami tak dak dah.
Bangun pagi : Kalau dulu boleh lagi kan "sayang jum p sarapan kat D'Bukit ada roti canai best"
Lepas tu balik dok fokus buat kerja . Sama-sama.
Tapi bila dah ada anak. Ha... Bangun pagi anak lapaq. Merengek-rengek. Dah kena siapkan bubur. Kemudian bagi di tengok kartun sat ja. Dah merengek nak susu ka. Atau dia membuang. Mandikanla.
Kemudian nak tidokan depa pulak. Belum lagi kes sorang tumpahkan air. Seorang tarik-tarik wayar. Bekejar -kejaran la ko.
Waktu yang dulu sudah tiada . 😂
Hargai la masa. "Sesungguhnya manusia dalam kerugian"
Sentiasa bersyukur. Jangan dok stress pasal tak dak anak lagi.

No comments:

Post a comment