Nak Hilangkan Black Head atau Bintik Hitam dengan Cepat? Kalau Lama Tak buang Melarat

Hari ni kak Hana cuba buat masker sendiri. Selalu pakai makeup.
Paling utama kalau suka pakai makeup paling Kritikal nak bersihkan betul-betul. Kalau tak memang bahaya. Membiak Jerawat Nanti.
Lagi-lagi kalau kita ni pakai foundation Liquid. Checmical dia mesti happy masuk dalam kulit melalui liang-liang roma. Tapi mana-mana sama je.
Sebab tu kita perlu bersihkan.
Ok Kak Hana tengok di sini. Jadi mula-mula rasa risau jugak nak pakai lemon. Tapi pagi tadi "my sayang" siap Call tanya apa barang yang B Pesan hari tu?




Kita pun cakap :
1. Lemon
2. Tisu
3. Telur (ambil Putih telur Sahaja)
Cara dia mudah sahaja:
Ambil putih telur sahaja isi dalam mangkuk. Potong lemon perah ambil jus dia. Bila perah rasa terover sangat. Tak pe.kalau cair sangat tak da masalah.
Kemudian sapu di keseluruhan muka.
Tisu kan ada 2 helai. Pisahkan. Kak Hana ambil dan tepek dekat muka. Kadang-kadang terputus sebab tisu lembut. Potong sendiri pakai tangan. Kalau rajin gunting elok-elok. Kak Hana main tepek je.
Tunggu sampai kering. Bila dah kering baru boleh tarik. Hasilnya lepas cuci muka. Memang best. Tepi hidung ni selalu merah. Bila pakai masker buat sendiri niz licin bersih.
Korang boleh cuba. Tak cuba tak tau.

No comments:

Post a comment