Fashion Diary : Gabungan 3 Warna Pastel Untuk Sarapan Pagi



Pagi tadi menuju ke Bukit Jelutong untuk Breakfast. Walaupun jerebu tapi husband tersayang nak ajak breakfast dekat luar. 
Memang pagi tadi dah standby mandikan anak siap-siap. 


Alhamdulillah walaupun pagi tadi hujan dapat jugak menikmati cofee.

Blouse : #HTTopOrkid
Scarf : Tudung Bawal Simpsons


Fashion Diary : Hari Raya Aidiladha Bersama Kurung Inspirasi Dari Dia




Cerita kelakar semalam.  After ambil gambar kita pun pelik la kenapa gambar blur.

Memang tengaj jerebu. Masuk keta tengok - tengok dekat lens kamera ada kesan tapak jari . Huaaaa...

Punya la dia ingat jerebu. Tu dok senyap ja.

Outfit :

Scarf : Tudung Bawal Simpsons
Top & Bottom : HanaTajuddin



Fashion Diary : Warna Pink Jadi Pilihan









Bagi yang bermula nak menggayakan skirt Kak Hana Boleh Suggest #HTSKIRTPremium . Gayakan blouse longgar seperti di atas. Kak Hana Combine warna Pink dan Navy Blue.

Scarf , Blouse dan Handbag color Pink combine Skirt warna Navy Blue.

Scarf : #BawalSimpsons

Top : HT Top Orkid

Skirt : HTSkirtPremium


Fashion Diary : MPH Sumber Inspirasi





Hari ni lepas pergi rumah Mak mertua singgah sebentar ke MPH. Alhamdulillah dapat tambah satu buku. Alhamdulillah juga Emak dan abah dapat panggilan Haji buat kali ke-2 walaupun last minit. Sungguh besar nikmat Allah.
Skirt : HT Zia Skirt
Scarf : Bawal Simpsons
Blouse : T jingga by HanaTajuddin

Fashion Diary : Blouse Muslimah Navy Blue Bersama Printed Skirt



Fashion Diary : Biru dan Putih Cuti Malaysia #HTTOPKELOPAK Lagi ?







OOTD hari ni sempena cuti MALAYSIA 2015 kita masukkan elemen Bendera Malaysia.
Scarf : #BawalSimpsons
Top : #HTTopKelopak
Skirt : From #KurungAlana
Shoe : #Forever21
(www.hanatajuddin.com)

Tips Kecantikkan : Argan Oil Kalau Pure Bau Dia Macam Errk..







Hari ni Kak Hana Nak share pasal Argan oil yang kak Hana beli di Mahnaz Food.
Kelebihan Argan Oil yang kak Hana Petik dari Harian Metro
Seorang pengguna Pure Oil Series 01, Nuraizah Mohd Tiblawi, berkata selepas lima hari menggunakan produk itu, parut jerawat berkurangan dan kulit wajah semakin cerah.
Selain itu, ia sesuai digunakan di kawasan kulit lebih nipis dan sensitif seperti di bawah mata untuk menghilang­kan kedutan dan lingkaran hitam. “Saya tidak ketinggalan menggunakan Pure Oil Series 01 setiap malam,” katanya. Kajian saintifik terhadap kandungan minyak argan menunjukkan ia mengandungi tiga kali ganda antioksida Vitamin E berbanding minyak zaitun, serta omega 6 dan 9 yang tinggi dan squalene yang bertindak mengeluarkan toksik dari sel-sel kulit. Penggunaan dua kali sehari membantu mencerahkan jeragat dan bintik hitam, mengembalikan tona kulit sekata serta menganjalkan wajah seumpama remaja.
Hope lepas pakai bintik hitam dan Eyebeg Hilang na.
                                       Video ini kak Hana buat sebab senang nak mengimbau balik. Apa akan jadi lepas dah pakai Argan Oil ni. Hihi nantikan. Nampak dak Eyebag sebakul.

Fashion Diary : Blouse Merah Itu Adalah #HTTopKelopak






OOTD Hari ini nampak seperti kombinasi warna Krismas pulak. Tapi tak mengapa.
Alhamdulillah pagi tadi Kak Hana husband sempat hantar Mak dan ayah untuk menunaikan Haji kali ke-2. Tips siapa yang nak laksanakan Haji banyak kali jika diizinkan Allah, buatla banyak atau beberapa kali permohonan rayuan. Mana tahu ada rezeki.
Cuaca hari ni dan semalam serta beberapa hari kebelakangan ni jerebu, Jadi nak ambik gambar sedikit mencabar sebab mencari cahaya. Cahaya la faktor utama gambar. Ini tips paling utama buat penggemar ambik gambar kan
Blouse : #HTTopKelopak
Skirt : Kak Hana beli di Plaza Alam Sentral Shah Alam
Shawl : #AmeeraZaini Hijab

Hijab Tips : Cara Menggayakan Tudung Bawal menjadi Shawl (Ini Style Pertama )

Fashion Diary : Aline Skirt (Skirt Kembang) Tak Nampak Kaki Bersama Ruffle Top





Fashion Diary : Skirt Premium Bawak Balik Kampung

Hari ni kak Hana Balik kampung. Jadi try something more rilex





Fashion Diary : Kurung Modern Dan Kenduri Kahwin




Semalam Kak Hana terima Jemputan kahwin daripada rakan semasa sekolah menengah. Majlis di buat di Masjid Wilayah Kuala Lumpur. First time sampai di sana . Masyallah cantik sangat.
Jadi decide nak pakai baju kurung Modern warna hitam. Masa nak balik baru teringat lupa nak ambik Gambar. Sedihnya. Maklumlah fokus nak berborak dengan kawan sekolah . Dah berapa tahun tak jumpa. Tu yang excited.
Outfit : Kurung Eastern , HanaTajuddin
Scarf : #BawalSimpsons

Perlu ke Nak Anak Cepat Atau Hanya StressDengan Soalan Bertubi - Tubi

Hari ni Kak Hana rasa macam banyak benda yang tak dapat nak settlekan. Maklumlah budak kecik ni demam.
Tapi hari ni banyak fokus kepada data-data. Punya banyak. Semalam dalam pukul 4-5 pagi baru tido. Itupun masih sepenuhnya belum settle. Di tambah dengan budak kecik ni kan.
Siapa yang belum dapat baby tu please jangan stress. Na. Korang baru kahwin hope enjoy jela. Maksud kak Hana enjoy sementara Allah bagi banyak masa Free untuk ber dua.
Bila dah ada anak ni. Jadual automatic berubah. Lagi-lagi bila ada dua. Tu belum ada 4-5-6 orang.
Waktu zaman berdua-duan dengan suami tak dak dah.
Bangun pagi : Kalau dulu boleh lagi kan "sayang jum p sarapan kat D'Bukit ada roti canai best"
Lepas tu balik dok fokus buat kerja . Sama-sama.
Tapi bila dah ada anak. Ha... Bangun pagi anak lapaq. Merengek-rengek. Dah kena siapkan bubur. Kemudian bagi di tengok kartun sat ja. Dah merengek nak susu ka. Atau dia membuang. Mandikanla.
Kemudian nak tidokan depa pulak. Belum lagi kes sorang tumpahkan air. Seorang tarik-tarik wayar. Bekejar -kejaran la ko.
Waktu yang dulu sudah tiada . 😂
Hargai la masa. "Sesungguhnya manusia dalam kerugian"
Sentiasa bersyukur. Jangan dok stress pasal tak dak anak lagi.

Personal Diary : Selamat Berpuasa Hari Arafah Safiyya Demam Nak PuasaSedih

Malam tadi tengok orang update pasal puasa Hari Arafah. Malam tadi jugak cepat-cepat niat Esok pagi nak sahur. Nak Puasa Hari Arafah.
Kita nak buat Haji andai Allah panggil alangkah bahagia kan. Tapi jangan bersedih kerana Allah masih memberi kita secebis peluang untuk merasakn nikmat yang sedang dirasakan oleh Para Jemaah Haji yang tengah jalankan ibadah suci.
Berkobar-kobar. Tapi Safiyya dengan keadaan masih demam. Sentiasa terjaga. Pukul 12.00 tengah Malam terjaga. 12.30 pagi terjaga, meleret sampai pukul 3 pagi. lepas tu dia dah tido lena. Mungkin sebab terlalu keletihan. Di tambah asyik muntah lepas bagi susu. Nak makan dia tak mau. Risau jugak.
Bila terjaga alangkah ruginya tak dapat berpuasa hari ni. Nak sahur sedar-sedar dah kul berapa. Sedih tapi mungkin ada hikmah. Buat anda yang Allah izinkan berpuasa untukNYA alhamdulillah dan Tahniah! Jangan lupa waktu berdoa nanti Minta la keampunan dan di bawah antara Doa yang boleh kita amalkankan.
Doa Arafah – Hari Arafah sudah hampir tiba. Sudahkah anda membuat senarai doa yang mahu anda pohon kepada Allah?
Berikut adalah beberapa doa yang anda boleh masukkan dalam senarai anda, Insya Allah:
1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus
2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).
4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam saya dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.
7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.
11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindingi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.
12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaan Mu, kehebatan Mu dan kekuasaan Mu.
13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw). 14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu
15 Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu. (Samb.) 👇
yusdiyusoffAmeen Ya Rabbal Allameen
16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.
19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.
20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21 Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.
22 Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23 Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.
25 Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27 Ya Allah, izinkan dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji pada tahun 2XXX.
28 Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29 Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30 Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31 Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Fashion Diary : OOTD Bersama Anak-Anak Pakai Baju Tido Gagal


Ini masa ber OOTD di Shah Alam. Tengokla Gelagat Shakil . Mana nak dia bergambar. 
Jenuh la pegang.

Photography Tips : Monopod Awesome Rugi ke Kalau Beli?

Semalam Kak Hana cari backdrop . Nak photoshoot product. Dah 3 kali datang kedai ni. Kak Hana survey dekat Lelong.my
Pusing satu kedai . Masa 2nd visit memang nak beli. 3rd time pergi. Terus beli.
Simpang nak masuk kedai ni betul-betul opposite IOI Mall




Banyak function monopod ni

  1. Boleh letak DSLR
  2. Letak mic if record video sebab panjang dia adjustable
  3. Boleh tilt
  4. position untuk Selfie boleh diubah dalam keadaan menegak
Alamat Kedai tu di sini:
EBEST ENTERPRISE
S-00-05, Ground Floor Sutramas Condo,
Jln. Persiaran Puchong Jaya Selatan,
47100 Puchong, Selangor.
(Opposite IOI Shopping Mall, near CIMB & Hong Leong Bank)
Mon-Sat : 11:00-22:00
Sun & Public Holiday : Call for appointment
Tel: 603-80790966
019-3706633 (Whatsapp/ Wechat)
Email: ebest2u@gmail.com
Facebook:
https://www.facebook.com/pages/E-best-DSLR-Vcam-Karaoke/223644941029534
Boleh la korang survey apa yang ada dekat sana . Dia jual online jugak.

Fashion Diary : Red Meet Blue Muslimah Fashion Color Block

Fashion Diary : Pastel Cardigan Via Green View




Malas nak cakap banyak. Kak Hana Belanja gambar sajela ye :)

#HTOOTD : Scarf , Cardigan and Sleeveless Top : From HanaTajuddin
Skirt : Zefiks Collection

Photography Tips : Nak Dapatkan Muka Shiny Semasa Mengambil Gambar

Hari ni kak Hana nak share macam mana nak dapatkan image atau muka shiny semasa Photoshoot.
Sebelum ni kak Hana cakap guna pelembap kan. Ya itu salah satu untuk menampakkan wajah bersinar. Tapi dalam hal berphotoshoot ni lain pula ceritanya.
Dalam photoshoot paling Penting adalah cahaya.
Contoh kalau kita ambil gambar Outdoor kena cahaya yang kuat muka berkilat kan.


Untuk gambar di bawah kak Hana letakkan Ring Light pada bahagian hadapan muka. Tapi tak da la depan sangat. Memang hasil makeup memantulkan cahayanya dan maka dapat menghasilkan mukabercahaya gitu. Compared dengan gambar menggayakan Tudung Bawal Simpsons . Ianya bukan direct cahaya. sebab gambar di bawah bumbung . Redup sedikit.